Penyanyi Nabila Razali terpaksa melupakan hasrat untuk membawakan lagu hit miliknya, Peluang Kedua dalam persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35) kerana masalah kesihatan.

Menurut pengurus Nabila, Mohd. Asrul Abdul Talib, keputusan itu dibuat atas nasihat doktor, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat dan juga komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini serta MFMF.

“Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara yang menjadi impiannya sebagai penyanyi.

“Dia sudah menjalani latihan vokal sejak September lalu dengan Datuk Syafinaz sebagai persiapan awal.

“Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk,” ujar Ashrul kepada Gempak.

Tambahnya lagi, pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik.

“Nabila sepatutnya menyanyikan lagu ini pada malam Ahad, iaitu hari terakhir penganjuran SFMM. Pihak kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini.

Ditanya adakah Nabila bersedia menerima kecaman wargamaya gara-gara tidak boleh menyanyi secara langsung dengan baik, Asrul.

“Daripada awal karier Nabila pun, netizen nak cakap apa kita tak boleh stop. Kalau nak kata gimik, tak kot sebab masa pencalonan dia nyanyi secara live dan banyak terima pujian.

“Kalau bukan atas sebab masalah kesihatan, dia nak sangat menyanyikan lagu tersebut.

“Pihak produksi juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini,” jelasnya lagi.