The House yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra dan lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Imaan Khyra semakin mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton.

Menerusi Instagram, Ezurin ada berkongsi foto dari babak episod kelima Rabu lalu. Beliau kelihatan cukup manis memakai tudung di hadapan cermin.

Perkongsian itu mendapat respon positif dari para pengikutnya di ruangan komen. Banyak yang memuji kecantikan Ezurin berhijab dan mendoakan kebaikan untuknya.

"Puan seorang Muslim yang baik, semoga dapat menutup aurat dengan sempurna dan berubah kearah yang baik," tulis @roselinakhalid.

"I think you have a kind heart," tulis @hafzahhl.

"I do strongly believe that you will be good Muslimah accordingly, I will pray for you always," tulis @nurhayati.khairudin.

"Suka tengok Mama E," tulis @suesoraya.

"Wow nampak lebih muda lah," tulis @sairahmom.

A post shared by EZURIN KHYRA (@ezurinkhyra)


Sudah pasti semakin banyak perkara menarik menanti anda dalam episod keenam Rabu ini.

The House yang turut menampilkan rakan rapat Ezurin, Magie Abang Saufi ini bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Anda juga boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton semua episod yang telah ditayangkan menerusi penstriman di Astro Go.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.