gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Buat ‘Video Call’, Bella Astillah & Syed Saddiq ‘Speechless’ Dengan Soalan Umie Aida - “Kita Tanya Direct Sangat Bab…”
VIRAL
Ammar Ahyan Tak Bagi Aliff Syukri Ulas Isu Telur Masam, Netizen Puji Pandai Didik Anak - “Bagus Akhlaknya, Matang & Penuh Adab”
HIBURAN
Rai 30 Tahun Dalam Industri Muzik, Konsert Violet Skies Siti Nurhaliza Di Arena Of Stars Genting Highlands Julai Ini!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Bekas Puteri Jepun, Mako, Selamat Lahirkan Anak Sulung

Awani
Awani
01/06/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Bekas Puteri Jepun, Mako, Selamat Lahirkan Anak Sulung
Anak pertama kepada Putera Mahkota Fumihito, Mako Komuro selamat melahirkan anak sulungnya, lapor agensi berita Kyodo yang memetik pengumuman oleh Agensi Rumah Tangga Diraja Jepun pada Jumaat.
Menurut sumber yang rapat dengan keluarga diraja, ibu berusia 33 tahun itu dan bayi yang baru dilahirkan iaitu cucu pertama Putera Mahkota serta cicit pertama bekas Maharaja Akihito, berada dalam keadaan sihat.
Pembantu kanan kerabat Putera Mahkota, Naomasa Yoshida dalam sidang media memaklumkan yang keluarga diraja "berasa gembira dan mendoakan hari mendatang yang membahagiakan" buat bekas puteri dan keluarganya.
Namun begitu, Yoshida enggan mendedahkan tarikh lahir atau jantina bayi tersebut, dengan menyatakan:
"Ia merupakan urusan seseorang yang telah meninggalkan keluarga diraja, dan kami berharap keluarga itu dapat menjalani kehidupan dalam suasana tenang."
Mako Komuro, yang dahulunya dikenali sebagai Puteri Mako, berkahwin dengan kekasihnya semasa di universiti, Kei Komuro, pada Oktober 2021.
Pasangan itu kini menetap di New York, iaitu Kei bekerja sebagai peguam.
Di bawah Undang-Undang Rumah Diraja Jepun 1947, ahli wanita keluarga diraja akan kehilangan status diraja mereka apabila berkahwin dengan orang biasa.
Sumber: Astro Awani menerusi BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anak
#Jepun
#Bekas
#Puteri
#Selamat
#Lahir
#sulung
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement