Personaliti media sosial yang juga anak saudara isteri Anang Hermansyah, Ashanty iaitu Millen Cyrus ditangkap pihak berkuasa Indonesia kerana kes dadah.

Millen tepatnya ditangkap polis bersama dadah jenis sabu dan peralatan menghisap dadah atau bong di sebuah hotel di kawasan Tanjung Priok, Jakarta Utara pada Ahad lalu.

Hal yang menjadi tanda tanya bagi seluruh netizen iaitu dimanakah Millen akan ditempatkan sama ada di sel tahanan lelaki atau perempuan pun terjawab.

Pihak polis mengumumkan dia ditahan dalam sel tahanan lelaki, sesuai dengan namanya di kad pengenalan.

Iya, Millen yang sering berpewatakan dan berpakaian wanita adalah seorang lelaki. Nama asalnya adalah Muhammad Millendaru Prakasa Samudra. Dia kemudian mengaku sebagai transgender dan memperkenalkan dirinya sebagai Millen Cyrus.

"Dia akan dimasukkan ke sel lelaki, sesuai dengan jenis jantina yang tertera pada kad pengenalannya. Kad pengenalannya menunjukkan dia lelaki," kata pihak polis seperti diberitakan media Indonesia.



Sebelumnya, sewaktu sidang media yang dibuat pihak polis, dia mengaku dirinya telah menggunakan sabu sekurang kurangnya empat kali dan mengambil minuman keras.

Dia kemudian meminta maaf kerana selama ini berbohong kepada keluarga dan netizen dengan mengatakan dirinya mengamalkan gaya hidup sihat termasuk sering bersenam untuk kekal cantik.

"Saya nak minta maaf kepada seluruh keluarga. Saya salah. Saya telah mengambil dadah dan juga meminum alkohol.

"Saya sangat menyesal. Tolong jangan tiru perlakuan buruk saya. Jauhi dadah," katanya dalam sidang media tersebut, semalam.

Millen ditangkap bersama seorang sahabat lelaki atas risikan dan bantuan orang awam. Bagaimanapun selepas ujian dijalankan, hanya Millen positif dadah, manakala sahabatnya negatif.

Lelaki berusia 21 tahun ini juga sebelum ini kerap memberikan kenyataan berbaur kontroversi termasuk mendedahkan mengenai pembedahan payu dara dan pada Jun lalu mengaku dirinya hamil.

Kredit Foto: Detik.com
Instagram: @millencyrus