gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Enggan Terlalu Yakin, Hariz Fayahet Anggap Semua Peserta Punya Peluang Sama
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: 10 Suara, Siapa Akan Ke Final? Jom Semak Senarai Lagu Minggu Separuh Akhir
HIBURAN
“Tak Nak Susahkan Mama…” - Cik B Mahu Cepat Sembuh, Ikhtiar Jumpa Bomoh Tulang
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Kes Zara Qairina: 'Kak Wana, Kak Dedeng Dan Tomboi' Masih Bersekolah Di Situ, Tiada Kaitan VIP

Gempak
Gempak
02/08/2025
05:25 MYT
Sponsor Banner
Kes Zara Qairina: 'Kak Wana, Kak Dedeng Dan Tomboi' Masih Bersekolah Di Situ, Tiada Kaitan VIP

Tiga pelajar yang merupakan antara 60 individu yang telah diambil keterangan oleh pihak polis berhubung siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir disahkan masih bersekolah di sekolah yang sama dan tidak dipindahkan ke institusi lain.

Malah, ketiga-tiga pelajar terbabit juga bukan anak kepada individu kenamaan seperti yang didakwa dan ditularkan oleh warga maya di media sosial sejak kebelakangan ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin memaklumkan bahawa tiada seorang pun daripada pelajar berkenaan diberhentikan daripada sekolah dan status mereka sebagai pelajar kekal seperti biasa.

"Semua pelajar itu masih bersekolah, tiada yang berhenti sekolah.

"Juga tiada kaitan dengan orang kenamaan (VIP) dan pihak polis," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan akan menunggu hasil siasatan rasmi berhubung perkara itu.

Sebelum ini, tiga nama yang dikaitkan dengan kematian Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu yang terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar, telah didedahkan di media sosial.

Nama-nama tersebut dikenali sebagai ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’, yang mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warga maya.

Kesemua individu berkenaan disahkan oleh pihak polis sebagai pelajar di sekolah terbabit dan telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung insiden yang menggemparkan itu.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu, dan insiden tragis itu mencetus kemarahan orang ramai selepas dakwaan timbul bahawa kematiannya mempunyai kaitan dengan perbuatan buli yang berlaku di sekolah berkenaan.

Topic Berkaitan
#Kes Buli
#Zara Qairina
#Kak Wana
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement