Pelakon Elfira Loy meluahkan rasa gembira kerana perniagaan sambal yang diusahakannya semakin berkembang.

Elfira turut mengucapkan syukur kepada Allah serta berterima kasih kepada semua pelanggan yang telah menyokong perniagaannya itu.

"Terima kasih Allah kerana membuka satu lagi pintu untuk rezeki keluarga kami, Alhamdulillah.

"Terima kasih juga kepada anda semua yang menyokong @dapuqenak, rasa tak percaya kami telah menjual dua ribu balang dalam masa dua minggu, ia berkembang hari demi hari," tulis Elfira di Instagram.

Dalam pada itu, ibu kepada Muhammad Rayan Khalaf ini turut gembira kerana ada orang yang boleh menjana pendapatan menerusi perniagaannya itu.

"Gembira juga dapat tengok orang boleh buat duit menerusi perniagaan ini, ini bukanlah niat saya tapi banyak kakak kakak abang saya yang kenal cadangkan untuk besarkan," tulisnya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Elfira di ruangan komen.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah dan turut bersyukur melihat pencapaian terbaru Elfira itu.

A post shared by @elfiraloy