Penyanyi Farahdhiya memberitahu bahawa dirinya tidak menerima wang kutipan royalti yang sepatutnya sebagai seorang artis sepanjang berkecimpung dalam industri muzik.
Bahkan, Farahdhiya atau nama sebenarnya, Farahdhiya Mohd. Amin, 36, mendedahkan sepanjang tempoh hampir dua dekad, dia hanya pernah menerima sekali sahaja bayaran royalti.
"Alhamdulillah. Sejujurnya saya yang baru 16 tahun dalam industri hiburan ni baru sekali sahaja dapat merasa duit royalti sebagai penyanyi.
"Ya, sekali sahaja dalam 16 tahun. Sila kembalikan hak-hak kami semua kepada yang berkenaan," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Farahdhiya berkata demikian sebagai respons kepada isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan ke atas badan pengurusan royalti artis baru-baru ini.
Jelas pelantun lagu hit Bertakhta Di Hati itu, lebih mengecewakan apabila usahanya sebelum ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai bayaran royalti miliknya juga menemui jalan buntu.
Hal ini kerana, dakwanya, pihak berkenaan seolah-olah tidak memberikan respons apabila cuba dihubungi.
"Ada juga saya mesej bertanya kepada individu yang bekerja bersama dalam satu syarikat yang menguruskan hal royalti artis, tetapi tidak berjawab.
"Bila nak panggil mesyuarat untuk dapat sokongan atau isi borang pandai pula cari kita. Semoga ada penyelesaian untuk kami semua, mungkin inilah masanya!," luah pelakon filem Mulut Masin itu.
Terdahulu, SPRM menyerbu empat badan pengurusan royalti artis bagi menjalankan siasatan berhubung dana kutipan royalti.
BACA: SPRM Serbu Empat Pejabat Badan Pengurusan Royalti Artis
Empat badan tersebut ialah Recording Performers Malaysia (RPM), Public Performance Malaysia (PPM), Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) dan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP).
ZULHILMI JALIL
Sat Nov 28 2020
Takdir Itu Milik Aku: Shaheizy Sam & Emma Maembong Berjaya Buat Peminat Marah & Geram! | Singgah Set
Cik Bam ke lokasi salah sebuah drama yang tengah trending sekarang ini untuk meninjau pembikinan salah satu babak yang telah meruntun jiwa para penonton Takdir Itu Milik Aku. Lakonan Sam dan Emma memang betul-betul padu sampaikan penulis karya terbaik, Siti Rosmizah pun menitiskan air mata. Nak tahu lebih lanjut, jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #TakdirItuMilikAku
Karya Terbaik Siti Rosmizah Semail
Setiap Isnin - Khamis, 10 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
#AstroBaharu #TIMA #TakdirItuMilikAku
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BambamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #TakdirItuMilikAku
Karya Terbaik Siti Rosmizah Semail
Setiap Isnin - Khamis, 10 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
#AstroBaharu #TIMA #TakdirItuMilikAku
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BambamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.
Banjir Dubai: Anang, Ashanty Terkandas, Doa Dapat Segera Pulang
Ribut petir yang melanda Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa membuatkan sebahagian besar bandaraya tersebut lumpuh.
Hantaran Aliff Aziz 'Since You Been Gone' dan Bella Astillah POV Cari Pengganti Curi Perhatian Ramai!
Selepas lama menyepi di media sosial sejak kontroversinya, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memuat naik hantaran di Instagram Story (IG Story).
Kenali Dr Wan Wardatul Amani, Saintis Malaysia Pertama Terlibat Dalam Misi NASA ke Marikh!
Mungkin ramai diantara kita tidak mengenali beliau, namun pada April 2014 seorang saintis, Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim berjaya mencipta fenomena besar apabila berjaya mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebang
Westlife Kembali Ke Malaysia, Bikin Konsert Di Arena Of Stars Genting Highlands Jun Nanti!
Kumpulan pop terkenal dunia, Westlife akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert satu malam di di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 9 Jun nanti.