Yantzen terpaksa akur perjalanannya di pentas Gegar Vaganza (GV)7 terhenti pada minggu suku akhir apabila tiada lagu diumumkan oleh hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse dalam segmen 'Ada Lagu Ada Lagi.

Sekaligus enam bintang bakal mara ke peringkat Separuh Akhir minggu hadapan ialah Muss, Noraniza Idris, Linda Nanuwil, Ayu Damit, Oja, Ashira dan Cliff Umar.

Yantzen yang menyanyikan lagu kumpulan Illusi berjudul Segalanya Ku Terima mendapat markah terendah sebanyak 44.50%.

Menggunakan tagline #staycute, vokalis Rusty Blade itu kelihatan tenang menerima keputusan juri pada malam ini.

"Terima kasih kepada semua penonton di rumah dan juga peminat saya. I love you and i will be with you.

"Alhamdulillah, kerana anda semua selepas 40 tahun saya masih lagi di pentas," katanya tenang.

Markah diberikan juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat dan Mamat Khalid.

Ini markah penuh semua bintang pada minggu bertemakan 'Throwback GV':
Secara automatik Muss yang berada di tangga pertama, menjadi penerima Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi.

Di awal rancangan, Yantzen diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi yang mendapat undian tertinggi di laman web Astro Gempak sepanjang minggu lalu.

Yantzen turut menerima Anugerah Bintang CUCKOO Healthy Home pada minggu ini selepas menerima kicauan (tweet) dengan undian hashtag paling banyak di laman sosial Twitter sepanjang siaran langsung.

Minggu ini menerusi segmen 'Kongsi Rezeki', Farm Fresh dan Astro mengunjungi balu komposer dangdut popular era 90-an, Allahyarham Ruslan mamat.

Balu Allahyarham, Rahmah Ismail menerima RM10,000 daripada Farm Fresh dan Astro.

Ruslan Mamat, 59, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung di Hospital Serdang, pada 19 November lalu.

Pentas separuh akhir GV7 minggu hadapan bertemakan 'Oustation' dan para bintang diberi tugasan untuk menyanyikan dua buah lagu.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan ulangan pada 11 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’.