astroraya

Astro Sajikan Lebih 180 Program Istimewa Sepanjang Syawal

gempak
Umirah Halim
27/03/2024
09:36 MYT
Sponsor Banner
Astro Sajikan Lebih 180 Program Istimewa Sepanjang Syawal
Bertemakan ‘Masa, Anugerah Terindah’, Astro selaku syarikat penyiaran dan penstriman utama negara bakal memeriahkan sambutan Syawal tahun ini dengan menghimpunkan lebih 180 program istimewa pelbagai genre yang terdiri daripada telefilem, program hiburan, drama-drama tempatan berkualiti tinggi, segmen bual bicara, program realiti dan gaya hidup, rancangan kanak-kanak serta filem-filem blokbuster yang boleh dinikmati bermula malam raya, melalui platform Astro termasuk televisyen, radio dan ruangan digital.

180 Program Telah Disusun

Menurut Ketua Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi perancangan yang rapi sudah dilakukan bagi menawarkan kesinambungan kemeriahan program-program hebat pada Ramadan lalu dan berterusan ke Syawal ini.
“Astro menjanjikan penawaran kandungan yang komprehensif di sepanjang Syawal ini bagi memberi nilai tambah kepada para pelanggan yang setia bersama kami selama ini.
"Terdapat lebih daripada 180 program telah disusun dan bakal dihidangkan menepati citarasa semua dengan berlandaskan tema kempen kami iaitu ‘Masa, Anugerah Terindah’.
"Syawal ini juga bakal memperlihatkan iklan komersil rasmi Astro, ‘Ada Apa Dengan Masa’ yang menggabungkan 33 bakat-bakat Astro dan selebriti tempatan yang bersama-sama menjayakan kisah Tok Zan (Dato’ Jalaluddin Hassan) dan tiga orang anaknya, Zulkifli (Nas T), Nazira (Shiqin Kamal) dan Azlan (Keanu Azman) sebagai teraju utama. Penceritaan dari iklan ini bersifat dinamik dengan mengingatkan kita semua tentang kepentingan untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga dan orang tersayang," katanya.
Azlin berkata demikian pada Sidang Media dan Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2024 di Le Méridien, Petaling Jaya pada Rabu.

Pelbagai Rancangan Menarik

Antara Sorotan Menarik Kandungan-Kandungan di Platform Astro pada Syawal ini termasuk:
Program Televisyen
Astro Ria (Saluran 104, pada 1 hingga 5 Syawal, 10 pagi) - Hijab Pendosa - Kerawang Untuk Adik - My Famous Ex Boyfriend Raya - Chinta Wrong Direction Raya - Raya Dengan Cin(t)a - Mama Drama - Overnight Wali - Pinggan Retak di Tapak Tangan, yang bakal bersiaran pada 1 hingga 3 Syawal, 11 malam.
Variasi dan Hiburan Malam Raya
- Bombastika Raya - Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza - A Decade : Cakra Khan - Kenapa Singgah Kalau Tak Nyanyi - All Stars GegarVaganza Beraya di Ladang - Annyeong! Big Stage Raya - Celebrity Family Feud Malaysia 2024 - Next To Neelofa Raya 2024
Astro Warna (Saluran 107, pada 1 hingga 5 Syawal, 4 petang)
- Dendam Hantu Viral - Terpaling Sweet - Zero To Millionaire - Manaf, Zahir dan Bunian - Awak Terlalu Ganu Untuk Saya
Program Komedi (Astro Warna, Saluran 107)
- Sepahtu Reunion Raya - Sherrina Show : Risik Shuben Sherry - Travelawak Projek Bapak Bapak Musim 3 - Episod istimewa hari raya Travelawak : Bapak Bapak Balik Kampung! - Lawak Orang Lejen - Anak Angkat Vibin In Borneo - Terkena - Yak Yak Yeay Raya
Program Kanak-Kanak (Astro Ceria, Saluran 611)
- Boboiboy Movie pada 10 April - Ri-Oh Rimba - Boboiboy Movie 2 pada 17 April - Famili Yang Popular pada 18 April - Ejen Ali The Movie pada 24 April dan banyak lagi.
Platform Digital
- Program ‘No Filter’, menampilkan selebriti popular Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) menemu bual selebriti tempatan dengan soalan-soalan hangat, bermula 1 Syawal - Terpaling Raya’, program temu bual yang dihoskan oleh Amelia Henderson, Sean Lee, Yaya Zahir, Keanu Azman dan Adriana Adnan bersama lebih 50 selebriti ternama tempatan termasuk Rozita Che Wan, Liza Abdullah, Anna Jobling dan ramai lagi, bermula 1 hingga 4 Syawal - Program ‘Bual Dulu Baru Kamu Raya’ bersama pempengaruh TikTok Ubai MZ yang akan menemu bual selebriti tempatan dalam suasana santai dan berjenaka, bermula 1 Syawal. - Program realiti ‘Oh, Baby Kamal & Uqasha’, mengisahkan tentang pasangan Kamal Adli dan Uqasha Sensore yang menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka, bermula 1 Syawal di platform Astro Gempak.
Astro Shaw - Filem aksi mengujakan ‘Sheriff’, menampilkan Zul Ariffin, Dato’ Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan yang berganding bahu dalam menyelesaikan satu misi utama untuk menumpaskan sindiket dadah, ditayangkan di pawagam pada 18 April.
-Filem aksi ‘The Experts’, mengisahkan tentang sekumpulan adik-beradik yang mempunyai kepakaran hebat dalam kegiatan merompak namun terperangkap dengan ugutan besar, dilakonkan oleh pelakon handalan termasuk Dato’ Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray, ditayangkan pada 23 Mei di pawagam.
Astro First (Saluran 480)
- Peluang Ketiga, mengisahkan tentang kisah romantis yang diinspirasikan daripada lagu nyanyian Nabila Razali, pada 21 Mac. - Filem komedi tentang perjalanan pulang seorang perantau dalam ‘Jadi Raya Tak Jadi’ pada 4 April. - Konsert ‘Lah Ahmad Jatuh Cinta Live At Istana Budaya’, pada 11 April.
Platform Radio
Radio ERA - Radio ERA akan melancarkan ‘Team Raya KL’, di mana pemenang bertuah bakal diberi peluang untuk beraya di rumah 3 Pagi ERA iaitu Nabil, Radin dan Pak Azad. - Pendengar yang memerlukan bantuan pengangkutan untuk pulang beraya boleh menyertai ‘Kapten Fazziq. - ERA Sabah dan Sarawak pula bakal meraikan Hari Raya bersama pendengar di ‘Rumah Terbuka Borneo’ dengan menyajikan juadah dari Borneo untuk dinikmati oleh masyarakat setempat.
SINAR - SINAR membuka peluang kepada pendengar untuk menyampaikan ucapan menerusi ‘Dedikasi Malam Raya di R&R SINAR’ untuk ditujukan kepada keluarga dan sahabat handai serta peluang untuk beraya bersama selebriti dan personaliti SINAR di Rumah Terbuka SINAR.
GEGAR - Manakala GEGAR pula menjalankan ‘Karoot Raya GEGAR Challenge’, di mana Issey akan berdikir barat dan pendengar perlu menyahut cabaran untuk memenangi hadiah dan pendengar juga boleh mengambil bahagian dalam ‘GEGAR Gi Beraya’, di mana pendengar bertuah berpeluang untuk beraya bersama personaliti GEGAR.
ZAYAN - ZAYAN turut memeriahkan Syawal ini dengan ‘Masjid Terbuka Raya’ di mana pendengar dapat beraya di masjid bersama personaliti ZAYAN dan ditemani dengan persembahan nasyid dan aktiviti kekeluargaan di sepanjang majlis. Maklumat lanjut berkaitan kempen raya boleh didapati menerusi platform media sosial jenama-jenama radio.
Untuk maklumat lanjut berkaitan pengisian kandungan Raya Astro 2024, sila layari www.astroraya.com.my atau ikuti platform media sosial Astro Malaysia.
Sempena Raya tahun ini, para pelanggan Astro juga boleh menikmati tawaran hebat dan melibatkan diri dalam aktiviti bermanfaat, termasuk:
Tawaran untuk Pelanggan Astro
Para pelanggan berpeluang mendapatkan sampul raya eksklusif Astro melalui aplikasi My Astro, dari 19 Mac hingga 7 Mei 2024. Penebusan sampul raya boleh dibuat di rangkaian premis Eksklusif Astro dan Rakan Kongsi Eksklusif Astro berdekatan.
Para pelanggan juga boleh memeriahkan bulan Syawal ini bersama Astro dan jadikan ‘Masa, Anugerah Terindah’ dengan berkongsi sticker eksklusif Raya Astro di aplikasi WhatsApp bersama keluarga dan insan tersayang. Muat turun sticker WhatsApp Raya Astro di aplikasi My Astro dan SYOK.
Tanggungjawab Sosial Korporat
Sempena Ramadan dan Raya kali ini, Astro Kasih telah membuka tabung khas dengan kerjasama Yayasan Ikhlas menerusi Kempen Kasih Ramadan. Tabung ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan di seluruh Malaysia dan segala sumbangan yang diterima akan disalurkan sepenuhnya untuk golongan yang memerlukan.

Berita Trending: Astro Catat Keuntungan RM44 Juta Pada Suku Keempat 2024!

Berita Trending: Teaser Sheriff Baru Keluar, Tapi Ramai Dah Tak Sabar Nak Tengok - “Letupnya! Polis Tangkap Polis Ni Yang Mantap”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live