Viral

Percaya Bercinta Dengan Brad Pitt, Wanita Bercerai & Hilang RM3 Juta Kena Tipu

gempak
Maliah Surip
15/01/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Percaya Bercinta Dengan Brad Pitt, Wanita Bercerai & Hilang RM3 Juta Kena Tipu
Seorang wanita dari Perancis mengalami kerugian sehingga RM3.4 juta kerana percaya dirinya adalah kekasih pesohor Brad Pitt.
Dikenali sebagai Anne, wanita tersebut menerusi tembual bersama stesen televisyen TF1 menceritakan bagaimana kisah cinta dengan mantan suami Angelina Jolie itu bermula.
Menurutnya, dia telah dihubungi oleh seorang wanita yang mengaku sebagai ibu aktor terkenal itu dan mengatakan kepadanya ‘wanita seperti anda yang sesuai dan dimahukan oleh anak lelaki saya’.
Tanpa berasa dirinya ditipu dia meneruskan hubungan dengan wanita itu sebelum seorang lelaki yang kelihatan sama seperti Pitt ‘muncul’ di dalam babak penipuan.
Dikenali sebagai Anne, dia mengaku terpedaya kerana tidak mahir mengenai media sosial.
“Pada mulanya saya kata ini semua gila, dan palsu. Saya juga tidak begitu tahu menggunakan media sosial dan akhirnya tidak menyedari apa yang telah berlaku kepada saya,” katanya seperti dilaporkan AFP.
Menurut Anne dia selalu berbual secara video dengan Pitt yang sebenarnya digerakkan dengan teknologi AI.
Anne pertama kali mengirim sekitar RM46,000 selepas ditipu mengenai penghantaran hadiah dari Pitt yang ‘tersangkut’ di kastam.
Dia kemudian terus menjalin hubungan dengan Pitt sehingga bercerai dengan suami yang kaya. Hasil perceraian, Anne menerima sekitar RM3 juta.
Duit sebanyak RM3.4 juta kemudian diberikan kepada Pitt selepas ‘kekasihnya’ itu mendakwa duit telah disekat kerana isu perceraian bersama Jolie. ‘Pitt’ saat itu memerlukan duit untuk melakukan pembedahan buah pinggang. Menurut Pitt dia mengalami penyakit kanser buah pinggang.
Wanita itu hanya perasan dirinya ditipu selepas membawa banyak kisah gosip Pitt dengan Ines De Ramon. Meski ‘Pitt’ menafikan laporan cinta itu namun Anne percaya dirinya telah ditipu.
Kini, Anne telah membuat laporan polis dan mengeluarkan saman kepada individu yang menipunya.
Temu bual Anne di stesen televisyen pula diturunkan selepas menerima terlalu banyak kritikan dan kecaman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024