,
Battleground Malaysia

BTGMY: Pasukan Danny Teruskan Formasi Asal, Sungguhpun Seorang Anggota Tercedera 2 Jam Sebelum Final

Izwan Isa
04/11/2023
07:50 MYT
Sungguhpun salah seorang anggota pasukannya A-vys Chan Khyio Jhyin mengalami kecederaan pada lutut dan tidak dapat mengikuti pusingan akhir Battleground Malaysia: Road To Gold (BTGMY), namun, Danny Lee Yu Xin tetap meneruskan formasi asal bagi anggota lain.
Menurut Danny, A-vys mengalami kecederaan sekitar dua jam sebelum pentas akhir dibuka dan untuk mengubah formasi dan rutin tarian pada saat-saat akhir adalah sangat mustahil.
“Lutut A-vys dislocated dan dia tidak boleh meneruskan perjuangan ke peringkat akhir BTGMY. Kita hubungan pasukan perubatan dan mereka berjaya ‘masukkan’ kembali tulang yang ‘lari’.
“Sedih juga sebab dia sudah berlatih untuk satu tempoh yang sangat lama. Pada mulanya memang kami risau, tapi akhirnya semua berjalan dengan lancar.
“Berkenaan dengan rutin, kami tidak susun semula formasi sebab terlalu last minute. Jadi, kami teruskan mengikut perancangan asal. Sebab itu jika anda perhatikan, ada formasi yang sedikit kosong dan ada juga yang senget, sebab tidak cukup seorang,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: BTGMY: Kay, Pasukan Danny Dinobat Juara Battleground Malaysia: Road To Gold

Terdahulu, pasukan Danny meraih gelaran juara BTGMY dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM25,000 sumbangan Kementerian Belia & Sukan (KBS) beserta trofi.
Dalam masa sama, salah seorang anggota pasukan Danny, Kayllash Thiagarajan atau Kay dinobatkan sebagai juara individu BTGMY sekaligus membawa pulang hadiah berupa RM25,000 KBS beserta trofi.
Tempat kedua pula jatuh pada pasukan Legosam yang menerimq hadiah bernilai RM30,000 sumbangan KBS.
Sementara pasukan Seven pula selesa di tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM25,000 beserta trofi.
Dihoskan oleh Sherry Al-Hadad, Saint TFC dan Dennis Yin, Battleground Malaysia: Road To Gold pusingan akhir dijurikan oleh Zizan Razak, Lip J, Pacman dan Zyko.
Undian secara online daripada orang ramai membentuk 10 peratus daripada jumlah markah di Pusingan 1 dan 2).
Siri 6 episod, Battleground Malaysia: Road to Gold merupakan sebuah inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan yang diperkasakan menerusi program Rakan Muda iaitu Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik!
Pasukan tarian telah disenarai pendek daripada ratusan belia di seluruh negara melalui uji bakat dalam talian dan di acara lapangan.
Tiga pasukan teratas yang melepasi pusingan akhir termasuk kumpulan-kumpulan tarian diketuai oleh Lego Sam, pemenang dua kali pingat Emas Games Breaking Sukan SEA, Danny Lee dari kumpulan muzik 3P (Threee Production) dan Seven, Juara Astro Battleground 2010 & 2011.
Battleground Malaysia: Road to Gold (#BTGMY) anjuran Astro, pertandingan tarian jalanan terbesar di Malaysia.
Acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu disiarkan secara langsung di Astro Ria (Saluran 104), Vinmeen (Saluran 202), SHOWCASE (Saluran 413), Astro AEC (Saluran 306) dan Astro Arena 2 HD (Saluran 802).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Battleground Malaysia

BTGMY: Kay, Pasukan Danny Dinobat Juara Battleground Malaysia: Road To Gold

gempak
03/11/2023
15:48 MYT
Tahniah kepada pemenang.
Battleground Malaysia

BTGMY: Battleground Malaysia Road To Gold Menuju Final! Siapa Bakal Bergelar Juara?

gempak
03/11/2023
10:20 MYT
Tekaan anda?
Laman Utama

Battleground Malaysia: Road To Gold Antara Usaha KBS Untuk Meraih Pingat Emas Olimpik

gempak
02/11/2023
10:15 MYT
Semuanya memang hebat-hebat.
Laman Utama

BTGMY Recap: Aura K-Pop Luar Biasa, Team Danny Raih Golden Cap Minggu Ini!

gempak
31/10/2023
16:04 MYT
Tema K-Pop!
Laman Utama

BTGMY Recap: Zizan Razak Diperkenalkan Sebagai Juri Khas Battleground Malaysia: Road To Gold!

gempak
20/10/2023
11:50 MYT
Mantap minggu lalu