Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

BTGMY Recap: Pelbagai Aksi Dipersembahkan Pada Minggu Pertama Battleground Malaysia: Road To Gold

Izwan Isa
04/10/2023 12:20 MYT
Minggu pertama Battleground Malaysia: Road To Gold baru sahaja melabuhkan tirai Jumaat lalu. Pelbagai insiden menarik dapat disaksikan oleh penonton.

Ketinggalan menyaksikan persembahan menarik peserta? Berikut merupakan recap Minggu Pertama Battleground Malaysia: Road To Gold.



1. Peserta Imranul Hakim, 'influencer' TikTok yang merupakan antara peserta favourite dalam kalangan kapten. Menerusi persembahan memukau, tidak hairan jika Imranul menjadi rebutan para kapten

2. Comel sungguh! Tapi comel-comel pun cili api. Untuk info, Kai Xing merupakan peserta termuda Battleground Malaysia: Road To Gold yang berjaya lolos ke dalam pasukan.



3. Sungguhpun Susu atau nama sebenarnya, Suresh mempersembahkan tarian tradisional yang diadun dengan hip-hop, namun, dia tidak berjaya lolos ke peringkat seterusnya.

4. Seramai enam anggota Zeppo Youngsterz berjaya menempatkan diri ke Battleground: Road To Gold.

5. Berjaya menampilkan persembahan memukau menerusi krumping, Twenty yang berasal dari Sarawak berjaya menempatkan diri dalam pasukan Khenobu. Krumping merupakan gaya tarian yang dicirikan oleh pergerakan bebas ekspresif dan sangat bertenaga.



6. Uniknya! Fifi memberikan persembahan yang lain daripada lain dengan menggabungkan elemen gimnastik, tradisional dan hip-hop.

7. Kidbul, anak saudara kepada Khenobu yang berusia 13 tahun tidak berjaya menempatkan diri dalam mana-mana pasukan.

Battleground Malaysia: Road to Gold merupakan sebuah inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan yang diperkasakan menerusi program Rakan Muda iaitu Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik!



Battleground Malaysia: Road to Gold akan dihoskan dalam tiga bahasa oleh Sherry Alhadad, Dennis Yin dan Saint TFC manakala selebriti versatile iaitu Zizan Razak akan memegang tanggungjawab sebagai juri.

Saksikan Battleground Malaysia: Road to Gold menerusi Astro RIA (Saluran 104) & SHOWCASE (Saluran 413) setiap Jumaat, 10 malam. Rancangan ini juga boleh distrim di aplikasi Astro Go.

Untuk info, Pertandingan ini memaparkan empat kapten tarian terkemuka yang ditugaskan untuk memilih troopers seramai sepuluh orang berdasarkan kebolehan menari mereka.

Kapten-kapten ini terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA acara Breaking iaitu Lego Sam, wakil Malaysia ke Sukan SEA, Khenobu, ahli kumpulan muzik 3P (Threee Production) Danny Lee dan juara Astro Battleground 2010 & 2011, Seven.

Mereka akan membentuk pasukan masing-masing dengan menguji kemahiran penari-penari yang bertanding menerusi pelbagai cabaran.

Rancangan ini turut membawa penari-penari dari pelbagai latar belakang untuk bertarung dengan gaya street dance mereka. Hanya penari yang terhandal akan kekal dalam pertandingan ini.

Astro akan mengadakan grand finale secara langsung pada 3 November di mana hanya pasukan tarian terhandal akan bertanding di hadapan juri-juri antarabangsa.

Pasukan juara akan membawa pulang RM100,000, manakala naib juara akan menerima RM30,000. Selain daripada itu, peserta-peserta dalam pasukan juara akan bersaing sesama sendiri untuk memenangi hadiah tambahan RM25,000.

BACA: Battleground Malaysia: Road To Gold Tampil Bakat Hebat Dalam Tarian, Zizan Razak Antara Juri & Sherry Alhadad Sebagai Hos

#Entertainment #Battleground Malaysia: Road To #BTGMY #GOLDMEDALIST