Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Adi Putra Tidak Hadir, Kes Sebutan Cerai Ditangguh

Syafiqah Jalal 31/03/2017 | 03:54 MYT
Kes sebutan kedua permohonan perceraian isteri pertama Adi Putra ditangguhkan apabila Plaintif (Adi Putra) tidak dapat menghadirkan diri di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pagi ini.
Ia akan ditangguhkan kepada satu tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.
Mengikut sumber mahkamah, kes Adi sepatutnya disebut di depan Hakim bertugas, Tuan Izzat Syazli Mushid sekitar pukul 9.30 pagi.
Tarikh bagi kes yang sama akan ditetapkan pihak Hakim pada satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian selepas perbincangan antara pihak mahkamah dan Adi kelak.
Sebelum ini sebutan pertama kes perceraian Plaintiff ditangguhkan sekitar Mac lalu.
Sumber: Utusan
#pelakon #Adi Putra #Pelakon #Adi Putra Cerai #Isteri Adi Putra