HIBURAN
Aduhai... Penangan Hari Raya, Farah Nabilah Pernah Sangkut Dalam 'Jam' Selama 14 Jam!
Pelakon Farah Nabilah menyatakan setiap tahun akan beraya di Kelantan untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Farah suasana beraya di kampung sangat berbeza jika dibandingkan di bandar.
"Setiap tahun saya akan balik raya di Kelantan kecuali tahun lepas.
"Tahun lepas saja nak merasa suasana beraya di bandar namun tidak seronok seperti di kampung.
"Saya suka juadah Kelantan seperti nasi dagang, ketupat palas dan rendang.
"Yang paling spesial adalah kuzi ayam dengan roti jala yang dibuat sendiri.
"Orang Kelantan jika beraya dia akan beraya sakan. Setiap hari akan ada jemputan rumah terbuka dari pagi sampai ke malam," katanya kepada Gempak.
Farah ditemui ketika majlis sidang media dan tayangan perdana program Astro 2019 di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Tambah peneraju utama drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek berkongsi pengalaman pernah sangkut dalam kesesakan jalan raya semasa pulang ke Bachok.
"Saya pernah sangkut dalam kesesakan jalan raya untuk pulang ke Bachok selama 14 jam.
"Namun sekarang ini kami sekeluarga memilih untuk pulang menaiki kapal terbang kerana ayah sudah tidak larat untuk memandu jauh," katanya lagi.