Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

“Alhamdulillah Dah Jadi Isteri Sekarang” – Saharul Ridzwan Dedah Surat Cinta Ditulis Isteri Tahun 2014

Mya Amri 30/09/2019 | 10:36 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan mengimbau kembali saat manis percintaan bersama isterinya, Qaabila Deena Emir.
Menerusi kemas kini di akaun Instagramnya, Saharul memuat naik foto yang menunjukkan surat cinta yang ditulis Deena pada tahun 2014.
Lebih istimewa, surat berkenaan bukanlah surat cinta yang tipikal sebaliknya Deena menitipkan enam surah Al-Quran buat Saharul.
“Terjumpa pulak surat cinta dari ex-girlfriend, tahun 2014! Alhamdulillah. Dah jadi isteri dah sekarang. Jiwang jugak bini aku ni dulu rupanya,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji kemanisan hubungan cinta mereka selain mendoakan hubungan pasangan suami isteri ini berkekalan hingga akhir hayat.
“Cantiknya tulisan @deenaemir… Alhamdulillah moga jodoh kalian berpanjangan hingga akhir hayat,” tulis @nazranradhiah
“Ya Allah semoga saya juga dikurniakan suami yang soleh satu hari nanti, Ameen,” komen @yanaaros
Terdahulu, Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Luth Ali pada 6 Jun 2017.
#pelakon #Saharul Ridzwan #Deena Emir #Pelakon