HIBURAN

“Ampa Ni Mulut Serupa Lah***t Sebab Tu Tak Cantik-Cantik”- Teguran Faezah Elai Ini Memang Win!

Mya Amri 20/06/2019 | 10:52 MYT
Pelakon Faezah Elai menegur sikap segelintir pihak yang gemar mencari kesalahan orang dengan tujuan untuk memburukkan mereka.

Menurut Faezah, dia tidak memahami mengapa perlu adanya sikap negatif dan hasad dengki dengan perkara atau kebahagiaan orang lain.

Faezah meluahkan perasaannya menerusi posting terbaru diakaun Instagramnya semalam.

“Orang melayu kita… Bila pompuan tu kawin ngan laki hensem, ampa kata pompuan tu manderem laki dia bagi nasi kangkang.

“Bila ampa baca blog-blog rumah tangga, suami buat luahan kata bini tak jaga kecantikkan, ampa punya maki sampai lupa ampa orang islam.

“Ampa kata konon nak bini cantik, bagi lah duit, cari lah maid, bawak pi spa, bagi duit shopping! Baru cantik mcm retisss!

“Bila bini orang lain cantik, ampa kata pulak, eleh dulu dia ni buruk, lani kawin cantik sebab dok kikih duit laki, cucuk sana cucuk sini, aku pon cantik cuma tak kaya, kalau aku pon kaya, aku lagi cantik.

“Dak lani ampa ni mulut serupa lahanat. Sebab tu lah tak cantik-cantik, hati tu hitam busuk. Cuba pi telan dettol antiseptic, kot-kot bersih. Nak lagi putih, minum clorox. Nabi kata if you don’t have anything nice to say, then shut up!

“Orang tak pakai tudung, ampa ceramah serupa ampa keturunan nabi, tapi lupa adik sendiri dok pakai skirt pendek tunjuk apam balik.

“Jangan sibuk hal orang, tengok kain kita dulu. Jangan malukan nama melayu orang Islam sebab Islam tak ajaq kita untuk judge orang lain.

“Sekian berletiaq untuk hari ni… Mulut pompuan zaman lani, mulut pondan pon tak sejilake mulut ampa… Haihh buat malu bangsa sendiri,” tulisnya.



Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan teguran yang diberikan Faezah.





Terdahulu, Faezah telah berkahwin dengan Heykal Hanifah pada September 2011 dan turut menjaga anak tirinya, Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.

Manakala hasil perkahwinannya dengan Heykal, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.
#pelakon #Faezah Elai #Pelakon