HIBURAN
Anugerah Emmy Ke-71 Kembali, Siapa Bakal Bawa Pulang Drama Siri Terbaik?
Malam kemuncak yang mengiktiraf program TV terbaik bakal menemui anda pada Anugerah Emmy ke-71 yang akan berlangsung Isnin ini.
Akan diadakan di Microsoft Theater in Los Angeles, ini merupakan tahun keempat anugerah berprestij ini berlangsung tanpa hos.
Produksi milik HBO mendominasi 137 pencalonan dimana drama siri popular Game of Thrones menerima paling banyak nominasi.

Drama siri Barry yang mengisahkan seorang pembunuh upahan menyertai sebuah kelas lakonan pula bakal menyinar bagi kategori siri jenaka manakala drama yang diadaptasi dari kisah malapetaka nukluer Chernobyl turut cemerlang dengan 18 pencalonan.


Barry dibarisi pelakon popular seperti Bill Hader, Sarah Goldberg, D’Arcy Carden dan Anthony Carrigan.
Sebuah lagi drama produksi HBO yang tercalon adalah The Handmaid’s Tale turut diambil daripada novel dengan tajuk yang sama.

Drama siri ini dibintangi Elisabeth Moss, Joseph Fiennes, Yvonne Strahovski dan Alexis Bledel.
Jangan lupa menonton Anugerah Emmy yang akan bersiaran pada 23 September jam 8 pagi di FOXlife saluran 711 dan 722 (HD) dan saksikan senarai pencalonan Emmys di On Demand melalui PVR box bersambung atau Astro GO.
Anda juga boleh menyaksikan drama-drama terbaik melalui aplikasi HBO GO secara percuma untuk pelanggan Astro Movie Pack.
Must-Watch Video