HIBURAN
"Apa Hak Cikgu Untuk Baling Buku Dekat Muka Student?" - Anak Saudara Eyra Hazali Didakwa Alami Kecederaan
Pelakon Eyra Hazali mempersoalkan hak seorang guru yang cuba menghukum anak pelajarnya sehingga menyebabkan kecederaan.
Menerusi laman Twitter miliknya, Eyra mendedahkan anak saudaranya, Iqie, 8, mengalami kecederaan di bahagian pipi akibat tindakan seorang guru yang membaling buku ke arahnya.
"Assalamualaikum, this is my nephew and can someone tell me, apa hak cikgu untuk baling buku dekat muka student sampai luka?
"Cikgu tu nak baling dekat student lain but terkena my nephew but idc, who are you to do that?" tulisnya.
Teraju utama drama Mr Grey ini menyatakan sepupunya cuba mendapatkan penjelasan daripada guru tersebut namun gagal.
"Its breaking my heart knowing he walked around the school, tutup pipi and tunduk je.
"My cousin did call the teacher and the teacher taknak respond.
"It doesnt matter you nak baling dekat siapa but apa yang you buat salah..Eee geram aku," tulisnya lagi.
Rata-rata pengikut Eyra turut sama berkongsi rasa kurang puas hati dengan tindakan guru tersebut kerana merasakan ia tidak wajar dilakukan kepada seorang kanak-kanak.
Bagaimanapun terdapat juga segelintir netizen yang tidak bersetuju kerana berpendapat anak-anak sekarang terlampau dimanjakan.
Eyra tidak berdiam diri malah terus membalas komen tersebut.
"People, listen. It's not about budak-budak sekarang manja.
"Eyra dulu pun kena rotan tapi tak sampai bengkak, luka atau cacat.
"Tapi kalau cikgu tak boleh nak kawal emosi, pukul sampai lebam luka and so on sedangkan parents students tak macam tu pun, what say you?" tulis Eyra.
assalamualaikum,this is my nephew and can someone tell me ,apa hak cikgu untuk baling buku dekat muka student sampai luka ? Cikgu tu nak baling dekat student lain but terkena my nephew but idc,who are you to do that ? pic.twitter.com/i9VBAd8VLk— EH (@EyraHazali21) April 10, 2019
its breaking my heart knowing he walked around the school,tutup pipi and tunduk je. My cousin did call the teacher and the teacher taknak respond. It doesnt matter you nak baling dekat siapa but apa yg you buat salah. eee geram aku— EH (@EyraHazali21) April 10, 2019
people,listen. it’s not about budak2 sekarang manja. Eyra dulu pun kena rotan tp tak sampai bengkak,luka atau cacat. Tapi kalau cikgu tak boleh nak kawal emosi,pukul sampai lebam luka and so on sedangkan parents students tak mcm tu pun,what say you?— EH (@EyraHazali21) April 11, 2019
Must-Watch Video