Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Ashraf Muslim Tetap Tolak Babak Bersentuhan Biarpun Tawaran Lakonan Terjejas

Kamaruddin Razal 20/07/2018 | 15:04 MYT
Pelakon Ashraf Muslim teguh dengan pendiriannya untuk menolak babak bersentuhan dengan pelakon perempuan dalam lakonan biarpun tawaran berlakon terjejas.
"Saya sudah bersedia jika nama merudum apabila meletakkan syarat kepada pihak produksi sejak 2010. Sebagai pelakon, dugaan dalam karier seni tetap ada bila kita meletakkan syarat tertentu kepada produksi.
“Bila letak syarat menolak babak bersentuhan dengan artis wanita, watak yang ditawarkan juga agak terbatas. Namun, saya tetap berpegang dengan prinsip itu sampai sekarang,” katanya,
Tambah Ashraf, sebelum menerima sesuatu tawaran lakonan, dia sudah memaklumkan kepada pihak produksi terlebih dahulu mengenai syaratnya.
“Pada pandangan saya, pengarah tidak perlu memaparkan babak suami isteri ‘satu selimut atas katil’ kerana semuanya boleh dilakukan dengan teknik pergerakan kamera yang memainkan peranan penting,” katanya.
Sumber: Harian Metro
#pelakon #Ashraf Muslim #Pelakon