gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dah Lama Terima Kifarah, Ini Sebab Fara Salleh Kahwin Dengan Shuk Sahar - “Apa Yang Saya Nampak…”
HIBURAN
Vida Sebak Melawat Pusara Nurly Syahirah, Bawa Pelajar Tahfiz Lihat Al-Quran Tulisan Tangan Arwah - “Sangat Cantik & Kemas…”
HIBURAN
Ezlisa Loy Hormati Tindakan Elfira, Mohon Netizen Tak Panjangkan Isu - “Sebagai Kakak Sudah Semestinya Dia…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Ayie Tidak Akan Pernah Lupa Pesanan Arwah" - Syafie Naswip Sedikit Terkilan

Badrul Hashim
Badrul Hashim
25/07/2019
06:00 MYT
Sponsor Banner
"Ayie Tidak Akan Pernah Lupa Pesanan Arwah" - Syafie Naswip Sedikit Terkilan
Bertemu dengan Syafie Naswip, dia menyatakan rasa sedikit terkilan kerana tidak dapat bersama-sama ke Jepun untuk tayangan istimewa filem-filem Yasmin Ahmad oleh Maviola.
Maviola merupakan syarikat yang mengedarkan filem-filem Yasmin Ahmad di Jepun dan mengadakan tayangan istimewa sempena 10 tahun pemergian Yasmin.
"Memang teringin sangat nak ke sana dan bersama-sama meraikan tayangan istimewa tersebut, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Ayie ada dua filem bersama arwah, iaitu Mukhsin dan Talent Time.
Tapi Ayie tak akan pernah lupa pesanan arwah pada Ayie," kata Syafie mengingati kembali zaman permulaan dia di bidang lakonan.
Kata Syafie, arwah sering berpesan supaya jujur dalam semua perkara yang dilakukan.
"Jujur bukan hanya pada lakonan, tetapi jujur dalam kehidupan. Jujur dengan orang sekeliling dan jujur dalam setiap keadaan.
"Pesanan itulah yang menjadi pegangan Ayie sehingga kini," kata Syafie yang membahasakan dirinya sebagai Ayie.
Ditanya tentang kariernya sekarang, Syafie berkata dia sedang sibuk menyiapkan diri untuk sebuah filem yang bakal dilakukan penggambarannya di Sarawak tidak lama lagi.
"Filem bertajuk Sumpahan Jerunei ini akan memulakan penggambaran di Sarawak bermula 7 Ogos ini hingga 15 September.
"Dalam filem ini, Ayie bawa watak utama iaitu Arjuna dan Ayie sangat teruja kerana ini adalah filem seram pertama yang Ayie lakonkan," kata Syafie sambil tersenyum.
Tamat sahaja penggambaran, Syafie akan berehat untuk beberapa hari sebelum berangkat ke Jogjakarta, Indonesia, untuk satu program masakan di sana.
"Rakaman program masakan ini adalah untuk Ramadan tahun depan yang dirakamkan sepenuhnya di Jogjakarta, bermula pada 18 September hingga 3 Oktober.
"Ayie akan menyediakan lima masakan Malaysia dan lima masakan Indonesia. Bukan setakat masakan, Ayie juga perlu menyediakan pemanis mulut juga daripada Malaysia dan Indonesia," kata Syafie lagi.
Tambah Syafie, kariernya diteruskan lagi dengan penggambaran KL Gangster Underworld pada bulan November dan Disember nanti.
"Alhamdulillah, Ayie bersyukur dengan segala rezeki dan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Ayie percaya Dia adalah sebaik-baik Perancang.
"Ayie juga sedang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dengan jenama MaBoi selepas Hari Raya tempohari bersama adik Ayie sendiri, Sapawi," jelas Syafie yang teruja dengan perniagaannya.
Menurut Syafie, jenama Maboi diberikan oleh adiknya Sapawi untuk menjual kudapan buah-buahan. MaBoi adalah Mangga yang dicampur pelbagai bahan asam.
"Kami juga menyediakan KeBoi (kedondong), SemBoi (Sengkuang) serta NeBoi (Nenas) dan bila lapang, Ayie sendiri akan membuat penghantaran kepada orang yang membeli.
"Harapan kami, supaya suatu hari nanti kami dapat memperbesarkan lagi perniagaan ini untuk keluarga," kata Syafie gembira.
Menurut Syafie menutup bicara, buat masa sekarang dia hanya ingin menumpukan perhatian pada keluarga dan kerjayanya.
Kredit Gambar: Instagram
Topic Berkaitan
#pelakon
#Pengacara
#Pelakon
#Syafie Naswip
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement