HIBURAN

"Bagi Dia 2 Tahun Baru Boleh Bincang" - Dazrin Belum Bersedia Tambah Anak

Amri Hassan 06/03/2019 | 04:08 MYT
Pelakon Dazrin Kamarudin belum mempunyai perancangan untuk menambah bilangan cahaya mata dalam masa terdekat.
Sedang enak dilamun bahagia membesarkan anak tunggalnya, Dasuki yang hampir memasuki usia setahun, Dazrin akui kehidupan berkeluarga lebih teratur dan berdisiplin.
"Tiga perkataan untuk describe jadi daddy ni; Wonderful, Magical
and Beautiful!
"Tapi sejujurnya diri saya sendiri sudah berubah apabila mempunyai anak.
"Kalau dulu sebelum ada baby, saya selalu risau takut tak mampu untuk jalankan tanggungjawab sebaik mungkin.
"Alhamdulillah Dasuki anak yang baik dan senang nak jaga. Maka tak memilih, friendly dengan semua orang, tak banyak meragam, senang cerita boleh bawa ke majlis-majlislah.
"Cuma buat masa sekarang belum ada perancangan lagi untuk menambah bilangan ahli keluarga.
"Kata mommynya, bagi dia dua tahun baru boleh bincang," katanya kepada Gempak.
Adat berdepan dengan karenah anak yang masih kecil, namun bagi pelakon filem XX Ray 3 itu, ibu bapanya sering memberikan tunjuk ajar dalam proses membesarkan anak.
"Syukur Alhamdulillah, Tuhan dah kata ktia dah bersedia nak jadi ayah dan Tuhan bagi kita kelengkapan secukupnya dari tahap kesabaran dan ketenangan jiwa untuk melayan karenah anak.
"Saya sangat bersyukur dikurniakan seorang isteri yang sangat membantu walaupun suka ketawakan saya kalau ada buat silap menyiapkan keperluan Dasuki.
"Sama juga ibu bapa saya pun banyak bagi tunjuk ajar dan nasihat pasal cucu mereka ni!" tambahnya.
Dazrin dan Nur Fazulin Razali yang bertugas sebagai ketua pramugari sebuah syarikat penerbangan itu berkahwin pada Mei 2017 di Melaka.
Dalam perkembangan lain, Dazrin bakal muncul dengan single sulungnya, No Champion.
#pelakon #Anak #Pelakon #Dazrin Kamarudin