HIBURAN
Beli Villa Mewah, Agensi Nafi So Ji Sub Buat Persediaan Kahwin
Agensi pelakon terkenal Korea, So Ji Sub menafikan spekulasi netizen bahawa aktor itu sedang membuat persiapan berkahwin.
Menurut agensinya, masih terlalu awal untuk So Ji Sub memikirkan tentang soal perkahwinannya.
“Memang benar Ji Sub ada membeli sebuah villa mewah di Hannam tetapi itu bukanlah untuk persediaan perkahwinannya.
“Masih terlalu awal untuk Ji Sub fikirkan mengenai perkahwinan,” jelasnya.
Terdahulu, Ji Sub menjadi perhatian netizen selepas membeli sebuah villa mewah baru-baru ini.
Dakwaan mengenai perkahwinan itu timbul selepas hubungan cintanya bersama seorang wartawan, Jo Eung Jung, 24 didedahkan.
Sumber: Allkpop
Must-Watch Video