HIBURAN
“Besarkan Tanpa Bantuan Sesiapa, Penat? Asalkan Anak-Anak Gembira” – Ucapan Hari Bapa Rita Rudaini Buat Netizen Sebak
Pelakon Rita Rudaini mengucapkan Selamat Hari Bapa buat ibu-ibu tunggal.
Bagaimanapun, ucapan dan luahan Rita itu ternyata membuatkan netizen sebak.
Menurut Rita, dia tidak menghiraukan penat Lelah bekerja asalkan mampu membuatkan anak-anaknya gembira.
Rita meluahkan perasaannya itu menerusi coretan di kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
“Rasa bertuah dipilih untuk besarkan anak-anak sorang-sorang tanpa bantuan sesiapa. Ada yang bercerai tapi anak-anak masih dibiaya bapa, duit sekolah, perayaan, tempat perlindungan dan segala perbelanjaan sehingga dewasa, beruntungnya mereka… Alhamdulillah...
“Tapi saya sebaliknya... Tanggungan penuh atas bahu saya dari mereka kecil sampai sekarang, sekolah, perayaan, tempat perlindungan dan macam-macam.
“Saya bersyukur sebab DI PILIH jadi begini. Ini bahagian saya. Ini anak-anak kandung darah daging saya. Mana mungkin saya berkira-kira.
“Susah senang yang saya tanggung saya percaya akan ada kejayaan dan manis menunggu di depan. Biarlah kami tak mewah tapi hati kami bahagia.
“Saya tak rasa susah mencari rezeki sorang-sorang… Penat? Ye, itu biasa tapi bila dapat menyuap rezeki yang saya cari ke mulut anak-anak, saya bahagia, hilang penat lelah.
“Saya rasa ibu tunggal di luar sana pon merasa benda yang sama macam saya, ada rezeki besar ada rezeki kecik tapi itu tak menjadi masalah asalkan anak-anak besar dengan gembira.
“Saya, seorang ibu yang sanggup ikat perut demi anak-anak saya, ketepi kan baju raya, keperluan saya, jodoh? Jauh skali untuk saya fikir.
“Semuanya demi anak-anak kerana bahagian saya dah lepas... Masa depan untuk diri saya dah lepas dan masa depan saya cuma mereka, RYAN dan ARJUNA... SELAMAT HARI BAPA UNTUK IBU-IBU TUNGGAL,” tulisnya.
Terdahulu, Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Foto: Instagram @ritrud727