Kelakar juga dengan pertanyaan pelakon Idzham Ismail ni tapi mungkin terjadi pada ramai suami-suami lainnya juga.
Menurut Idzham, dia musykil dengan perangai isterinya dan ingin bertanya pendapat peminat-peminat yang mengikutnya di Instagram.
"Bila isteri saya suruh saya ambik gambar, saya punyalah ambil dengan bersungguh sungguh dan sertakan kesenian dalam gambar itu, sudut yang menarik dan berbeza.
"Pelbagai idea saya curahkan dalam satu gambar. Tertunduk terkangkang tertonggek semua adalah dalam kesenian diberikan dalam gambar saya ambil selalu," tulis Idzham di Instagramnya.
Tambah Idzham, apabila ditunjukkan gambar tersebut kepada isterinya, dia mendapat pujian tapi gambar tersebut tidak dikongsikan isterinya di Instagram.
"Mungkin ia hanya menjaga hati saya? Korang rasa? Jujur lah please. Jangan jaga hati saya lagi!" rayu Idzham.
Ramai yang memberi pendapat bahawa isterinya mahu menyimpan gambar tersebut untuk diri sendiri kerana terlalu cantik untuk dikongsi.
Kredit Gambar: Instagram