Skip to main content

Budaya Popular

“Bukan Sibuk Buat Duit Sahaja… Memalukan, Sila Hadam” – Que Haidar Perli Siapa?

que-haidar-perli-siapa.jpg
Pelakon, Que Haidar tidak bersetuju dengan cara produser membuat pemilihan untuk pelakon masa kini yang hanya mementingkan paras rupa.
 
Menurut Que, bakat adalah perkara yang paling utama perlu ada dalam setiap diri seseorang pelakon.
 
Que menyuarakan pendapatnya menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya semalam.
 
“Katanya… 'Bakat boleh digilap, rupa paras adalah perkara paling penting'... Mungkin beliau lupa rupa paras pun boleh 'digilap' untuk zaman sekarang ni dan akan ditelan usia dan setiap hari ada muka baru yang akan muncul.
 
“Tetapi bakat serta ilmu yang akan terus kekal walau sudah ditelan usia… Got it?! It’s 2019, masih ada lagi 'orang dalam industry' yang berpemikiran sebegini.
 
“Sedangkan kita sepatutnya mendidik penonton/khalayak kita utk menghargai seni/bakat terlebih dahulu… Our RESPONSIBILITY towards masyarakat… Bukan sibuk buat duit sahaja… Memalukan… Sila hadam,” tulisnya.
 
Terdahulu, seorang penerbit drama popular menyatakan pandangan berhubung peserta yang hadir pada sebuah sesi ujibakat pencarian pelakon baru.
 
Katanya, pakej menarik menjadi daya penarik untuk produser memilih seseorang individu itu menjad pelakon.
 
Seandainya seseorang itu punyai bakat namun tiada rupa, penerbit terbabit mencadangkan untuk mencuba program pencarian bakat lain yang tidak mementingkan wajah untuk popular.
 
Foto: @the_haidars
 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement