HIBURAN
Cantiknya Siti Saleha, Macam Puteri Salju
Sebaik sahaja pengantin baru, Siti Saleha memuat naik foto-foto perkahwinannya di laman sosial Instagram, ia terus mendapat ribuan ‘likes’ daripada pengikutnya.
Selain itu, mereka turut memuji kecantikan pelakon tersebut yang kelihatan seperti puteri salju disamping putera idamannya.
Siti Saleha, 27, selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Ahmad Lutfi Azhar, 31, pada Jumaat lalu.
Pasangan ini telah diijabkabulkan dalam sebuah majlis yang cukup indah bertempat di TPC, Kuala Lumpur.
Kedua mempelai telah diraikan dalam satu majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada malam Sabtu.
Resepsi sebelah pengantin lelaki pula akan diadakan pada 5 dan 12 Ogos depan.
Jom kita tengok foto-foto perkahwinan Saleha:





Must-Watch Video