HIBURAN
Comelnya, Ajak Tampilkan Dua Anak Dalam Mv Single Terbaru ‘Yang Mano’
Selepas ‘Ging Gang Guli’, pelawak dan pelakon Ajak Shiro menampilkan single terbaru berjudul ‘Yang Mano’.
Menariknya kali ini, Ajak menampilkan kedua-dua anak lelakinya adalah Mohd Jad Thaqif, 9 dan Mohd Had Thaqif, 6, di dalam muzik video ‘Yang Mano’.
‘Yang Mano’ merupakan gabungan ciptaan oleh komposer dan rapper terkenal Altimet bersama Ezra Kong.
Lagu ini mengisahkan tentang pesanan seorang bapa kepada anak lelakinya dalam memilih pasangan hidup seperti ibunya.
Muzik video rasmi arahan Amer Eizwann ini membawakan konsep catchy selain menyelitkan unsur komedi selari dengan Ajak.
Penampilan Ajak sebagai seorang bapa juga amat bersesuaian dengan isi kandungan muzik video berkenaan.
Muzik video rasmi ‘Yang Mano’ boleh ditonton disaluran YouTube Warner Music Malaysia.
Manakala single ‘Yang Mano’ terbitan Warner Music Malaysia ini pula boleh didapati dikesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 12 April lalu.
Terdahulu, Ajak sebelum ini tampil dengan single pertamanya berjudul ‘Ging Gang Guli’ kira-kira setahun lalu.
Must-Watch Video