HIBURAN
"Counting Days" - Shima Anuar Tunggu Masa Bersalin
Pelakon Shima Anuar sedang menanti saat untuk melahirkan cahaya mata kedua hasil perkahwinan dengan suaminya, Mohd Solih Toha.
Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram Shima dengan memuat naik sekeping foto memegang 'baby bump' di hadapan cermin beserta kapsyen.
"Counting days," tulisnya secara ringkas.
Rata-rata pengikut Shima menghujani ruangan komen dengan memuji kecantikan dirinya semasa hamil.
Malah ada segelintir yang berasa teruja menanti kehadiran bayi itu serta mendoakan agar dipermudahkan urusannya.
Pelakon yang popular menerusi filem Highland Tower itu dijangka akan melahirkan anak keduanya pada 8 Ogos ini.
Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Solih Toha yang juga duda kepada dua orang cahaya mata pada 8 April 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Marian Sophia.