Skip to main content

Budaya Popular

"Dah Rakam Lagu Tapi Masih Belum Pilih Tajuk" - Fendy Bakry Bakal Bergelar Penyanyi

01.jpg
Bertemu Fendy Bakry pada malam Anugerah MeleTOP ERA 2019 (AME2019) Ahad lalu, Gempak sempat bertanya tentang khabar bahawa dia bakal menjadi penyanyi.

Terkejut dengan soalan tersebut, Fendy berkata jika diberi peluang dan kepercayaan, dia akan cuba ke arah itu dan memberi yang terbaik, namun apabila diberitahu bahawa khabar tersebut turut berkata dia sudah merakamkan single pertamanya, akhirnya dia ketawa dan akur.

"Ya, saya dah rakam lagu tersebut tetapi buat masa ini masih belum pilih tajuk untuk lagu tersebut.

"Dari segi rakaman semuanya sudah dibuat, mungkin sedang di 'touch up' untuk jadikannya lebih baik," kata Fendy.

Menurut Fendy dia mempunyai minat dalam bidang nyanyian dan rasanya tidak salah untuk mencuba kerana sudah berada di dalam bidang seni.

"Bila dah ada dalam industri ni, saya ingin pelbagaikan cabang seni. Sekarang saya seorang pelakon, dan akan menyanyi.

"Mana tahu suatu hari nanti saya juga akan mencuba bidang pengacaraan," katanya sambil tersenyum.

Ditanya siapakah komposer serta penulis lirik untuk lagu pertama beliau, Fendy belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci.

"Buat masa sekarang saya belum bersedia untuk berkongsi siapa pencipta lagu dan penulis lirik tapi akan dikongsi bila tiba masanya nanti," kata Fendy kepada Gempak.

Ditanya tentang perancangan untuk melancarkan single tersebut, menurut Fendy masih belum ada tarikh tertentu tetapi diberitahu mungkin selepas Hari Raya nanti.

Advertisement

Must-Watch Video