Skip to main content

Budaya Popular

"Dia Yang Ada Ketika Bapa Kandung Tinggalkan Saya" - Aaron Aziz Kongsi Kisah Bapa Tiri Yang Ramai Tak Tahu

aaron-bapa-header.jpg
Biarpun tidak dibesarkan oleh bapa kandung, pelakon Datuk Aaron Aziz mengakui tersentuh dengan kasih sayang yang dicurahkan bapa tiringa, Abdullah Md Dawood.

Dedah Aaron, selepas ditinggalkan oleh bapa kandungnya ketika masih kecil, dia tetap berbangga dididik dan dibesarkan oleh bapa tirinya biar tiada pertalian darah.

"Bagi saya individu yang sentiasa membuatkan saya tersentuh ialah seseorang yang sentiasa memberikan yang terbaik tanpa meminta balasan.

"Bapa tiri saya, Abdullah Md Dawood merupakan insan yang dimaksudkan itu.

"Dialah satu-satunya figura bapa yang saya kenal sejak bapa kandung saya tinggalkan saya sejak kecil," kongsi Aaron menerusi entri di Instagramnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

To me, the person that I look up to is a person who has given everything and asked for nothing in return. My step father, Abdullah Md Dawood is that person. He is the only father figure that I know of ever since my biological father left me when I was just a few years old. He is the one that has kept my Mum happy, delivered his responsibilities and delegated his obligations fairly and justly. He took me and my 3 siblings in as his own. And till today, he doesn't have a child bearing his own name. All of us bear different surnames than his. And yet, he loves us unconditionally. He is our hero. My mum’s hero. My hero. Who is your inspiration? Nominate them in the below comments and hashtag #InspirasiSG. Top 10 most inspiring stories will stand a chance to WIN $500 vouchers each!

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on


Tambah Aaron, dia bersyukur dikurniakan bapa tirinya yang sentiasa menggembirakan hati ibunya serta Aaron adik-beradik.

"Dia menggembirakan hati ibu saya, menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh adil.

"Dia melayan kami adik-beradik seperti anak kandungnya sendiri dan sampai ke hari ini dia tiada langsung anak yang berbinkan namanya.

"Walau kami tidak di'bin'kan atas namanya, dia sentiasa menyayangi kami tanpa pernah meminta balasan," tambahnya.

Perkongsian Aaron turut mendapat respon daripada bapa tirinya yang menganggap cucu-cucunya adalah hadiah tidak ternilai dalam hidupnya.

"Terima kasih anakku. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk melihat anak-anak saya terus gembira.

"Anda semua telah berikan saya hadiah tak ternilai dalam hidup iaitu cucu-cucu saya semua," tulis Abdullah.

Status yang menyentuh hati itu turut membuka mata orang ramai agar sentiasa menyayangi satu sama lain tanpa perlu membeza-bezakan status atau pertalian darah.

Advertisement

Must-Watch Video