Selepas setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyanyi Nadia Aqilah Bajuri mengumumkan kini sedang hamil lima bulan.
Dijangka bersalin pada Disember nanti, kata Nadia, 33, dia teruja dan gementar menantikan cahaya mata sulungnya itu.
"Alamak December ni ada bandmate baru lah. To pee or not to pee, that is the question.
"Alhamdulillah kami bakal menimang bayi sulung! Sudah separuh jalan dan melalui proses muntah, berlapar, gementar dan teruja.
"Kami meraikan pengalaman ini penuh syukur apabila ada dua hati berdegup di dalam badan saya. Doa-doakan kami!" tulisnya menerusi akaun Instagram.
Ruangan komen entri pelakon drama bersiri Emil Emilda itu dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.
Bagaimanapun, Nadia menafikan bahawa dia kini sedang hamil bayi kembar berdasarkan kapsyen 'two hearts' yang ditulis pada entri Instagramnya.
"Two hearts bermaksud saya dan bayi saya. Bukan kembar," jelasnya.
Nadia telah berkahwin dengan seorang pemuzik bebas, Saiful Ridzuan pada April 2018.