HIBURAN
Dulu Followers Instagram Farah Nabilah 60K, Sekarang 370K - Penangan Titian Cinta
Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Farah Nabilah bersyukur kerana drama bersiri Titian Cinta banyak membantu memperkenalkan namanya di persada seni.
"Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kerana drama tersebut mula membuatkan nama saya dikenali ramai. Saya merasakan sendiri penangan Titian Cinta.
"Jika dahulu, saya hanya mempunyai 60,000 pengikut di laman Instagram. Selepas drama tersebut tamat, pengikut saya semakin meningkat dan kini mencecah 370,000.
"Saya mahu menggunakan kesempatan ini untuk saya memberikan hasil kerja berkualiti serta bekerja dengan lebih kuat. Semoga perjalanan seni saya semakin lancar dan berkembang, Insya-Allah," kata Farah.
Tambah aktres drama bersiri Papa Ricky ini, dia juga semakin mengutamakan penampilan jika mahu keluar dari rumah.
"Sebelum ini, penampilan saya hanya ringkas sahaja. Kadang-kadang sedikit selekeh pun ada juga. Selepas semakin dikenali, saya semakin mengutamakan penampilan. Saya mahu kelihatan lebih kemas jika keluar ke mana-mana," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Farah bakal membintangi drama bersiri Adam & Hawa 2 yang bakal menggandingkan dirinya bersama Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.
Drama bersiri tersebut bakal bersiaran di saluran Astro.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @farahnabilahofficial