Skip to main content

Budaya Popular

Eina Azman Sambut Hari Lahir Suami Di Bali

befunky-collage_139.jpg
Pelakon Datin Eina Azman membuat dedikasi khas untuk suami kesayangan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah sempena hari lahirnya, semalam.

Eina memuat naik beberapa keping foto beserta kapsyen khas yang ditujukan kepada Kaiser menerusi sebuah entri di laman Instagram (IG) miliknya.

"To such wonderful husband. I wish you good health so we could explore more places together.

"I cherish you and the family we have created together.

"You are such a great daddy to our children @aubreykarl and I am thankful to have you as my husband.

"Thanks for being the loving man that you are and thanks for everything.

"Happy 40th birthday sayang ku @datopadukakaiser love you forever," tulis Eina.

Eina turut memuat naik foto sekitar majlis sambutan hari lahir yang diraikan bersama keluarga di Seminyak, Bali.


Di ruangan komen, rata-rata pengikut Eina turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Kaiser serta mendoakan kebahagiaan keluarga mereka.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang kembar comel, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia tiga tahun.

Must-Watch Video

Advertisement