Hiburan

Ellie Suriaty Tak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin, Azri Iskandar Terima Hakikat Tak Ada Jodoh Dengan Kekasih Baru

gempak
Firdaus
15/06/2024
01:09 MYT
Sponsor Banner
Ellie Suriaty Tak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin, Azri Iskandar Terima Hakikat Tak Ada Jodoh Dengan Kekasih Baru
Pelakon, Ellie Suriaty mendedahkan punca hubungan bekas suaminya, Azri Iskandar dan Datuk Noora Kay tidak sampai ke jenjang pelamin disebabkan ketidaksefahaman pasangan tersebut dalam penundaan tarikh majlis pernikahan mereka.

BERITA TRENDING: Ellie Suriaty Minta Jangan Terpedaya - "Kata-Kata Yang Ditulis...."

Azri Tak Jadi Kahwin Sebab Sibuk?

Ellie atau nama sebenarnya, Ellie Suriaty Omar, 53, menyatakan penundaan tarikh pernikahan itu disebabkan oleh jadual penggambaran filem Azri yang padat.

​BERITA TRENDING: Ellie Suriaty Minta Jangan Terpedaya - "Kata-Kata Yang Ditulis...."

"Saya rasa mereka tak jadi kahwin bukan sebab tidak serasi tetapi lebih kepada tiada jodoh. Saya lihat Datuk Noora Kay bersungguh-sungguh mahu bernikah dengan Azri.
"Dari pihak kami (Ellie dan Azri), kami minta tangguhkan majlis tersebut sebab Azri sedang menjalani penggambaran filem.

​BERITA TRENDING: "Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah

"Barangkali kesibukkan Azri itu mungkin menyebabkan Noora mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan," katanya.

"Buat apa saya nak cemburu...

Bercerita lebih lanjut, Ellie ketika ditemui di malam gala filem Abnormal Buas yang berlangsung di GSC, Mid Valley Mall, mengakui tidak berasa cemburu tentang hubungan Azri dan bekas kekasihnya.

​BERITA TRENDING:Genap Setahun Bercerai, Ellie Suriaty Jawab Dakwaan Sudah Ada Teman Baharu? - "Susah Nak Jawab, Sebenarnya..."

"Buat apa saya nak cemburu, kalau saya cemburu saya tidak menguruskan perkahwinan mereka.
"Kalau tanya saya keadaan Azri sama ada sedih atau tidak, saya tengok dia hanya bertenang. Boleh kata dia sudah terima dan tidak perlu kejar untuk berkahwin," ujarnya.
Sekadar info, Ellie dan Azri pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 namun berpisah pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun bersama.
Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19 dan Nur Azreen, 14.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024