HIBURAN

Gelar Juri 'Old School', Datuk Seri Vida Tak Puas Hati Pilihan Lagu AJL35

Zulaikha Yusof 17/12/2020 | 23:33 MYT
Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida pula tampil mempertikaikan keputusan juri memilih 12 finalis yang layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).
Menurut Vida, memandangkan dia bekas penaja anugerah berprestij itu, dia ingin tahu kriteria lagu yang dipilih barisan juri.
"Keputusan lagu bertanding di AJL kita dah dapat.. lagu yang sedap di mana kamu letakkan wahai juri. Lagu yang sedap juta-juta tontonan tak bawa ke AJL, lagu macam mana awak nak?
"Saya nak tahu bagaimana penjurian lagu-lagu ke AJL, saya sebagai mantan penaja nak tahu macam mana juri pilih lagu, apa benchmark pemilihan?" katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram (IG).
Pada Selasa lalu, rata-rata wargamaya mempertikaikan keputusan juri kerana kecewa lagu yang dianggap berpotensi tidak mendapat tempat.
BACA: Dua Lagu Naim Daniel Tidak Tersenarai Ke AJLl35, Netizen Luah Kekecewaan - "Banyak Lagu Merapu Dapat"
BACA: Zynakal Terkilan, Terasa Lagu Sakit Tidak Lolos ke Final AJL 35
Tambah ibu kepada penyanyi, pelakon dan usahawan Cik B berpendapat juri perlu mendengar pandangan daripada netizen di media sosial.
"Kriteria lagu popular juga kena ambil kira, jangan sedap telinga awak saja. Kena ada media sosial supaya dengar apa netizen nak supaya industri berkembang dengan karya lebih segar.
"Saya rasa juri ini Instagram, Youtube pun tak ada, jangan pilih bulu, pilih kasih asyik muka itu ja yang dapat.
"Lagu sedap tak masuk tapi yang sendu boleh. Saya rasa juri ada masalah old school, tak tahu nak angkat karya anak muda. Sedap di telinga juri tapi viewer 5,000 orang saja.
"Juri muka sama, kesilapan sama setiap tahun. Patut angkat lagu orang suka, ini kamu angkat yang kamu suka bukan peminat yang berjuta! Nanti orang tak nak tengok AJL, juri sajalah tengok," katanya lagi.
BACA: Senarai Penuh 12 Lagu Mara Ke AJL35: Hati, Aku Bidadari Syurgamu, Belenggu Rindu, Peluang Kedua Antara 12 Finalis
#Datuk Seri Vida #Juri #12 Lagu #AJL35