Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

“Gila! Tak Ada Beza Langsung” – Imbas Foto Zaman Remaja, Peminat Terpegun Kecantikan Zahirah Macwilson

Mya Amri 24/10/2019 | 08:14 MYT
Pelakon Zahirah Macwilson menarik perhatian peminat selepas memuat naik foto ketika zaman remaja.
Mengimbas kembali momen foto tersebut, Zahirah mengakui merindui saat indah bersama rakan-rakan lamanya sewaktu bersekolah di luar negara.
“Mengimbas kembali foto ketika saya berusia 16-18 tahun. Parti prom, sekolah menengah, impian remaja dan sambutan hari jadi. Rindu momen ini!
“Dari umur 2 tahun Ira dah pindah duduk dekat Sheffield, England. Umur 12 pindah pula ke Perth, Australia. Now i’m back working in KL. Haha what a journey. Next year ??? hehe. I think my high school has a reunion next year! #Memories,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan pujian kerana terpegun dengan kecantikan pelakon itu.
“Memang cantik dari kecik, high school pun dah macam model. Bertuahnya Aiman. Perfect together mesti majlis kahwin nanti cantik sangat-sangat,” komen @ haisya___
“Awak memang cantik dari dulu lagi ye, Ira kalau saya dulu memang comot je,” tulis @nurafnyda
“Gilaaa tak ada beza langsung hahahaha,” coret @afieragoes
Terdahulu, Zahirah dan aktor Aiman Hakim mendedahkan telah mengikat tali pertunangan pada Jun lalu selepas pasangan ini berkongsi gambar majlis yang berlangsung di akaun media sosial masing-masing.
#pelakon #Pelakon #Zahirah Macwilson