Skip to main content

Budaya Popular

“Gula, Minyak, Potong Semua Last-Last Susu Drop, Hampa Nak Sangat Aku Kuruskan” – Almy Nadia Hilang Sabar

almy-hilang-sabar.jpg
Kapsyen pelakon Almy Nadia yang kini sedang meneruskan misi menurunkan berat badannya menarik perhatian peminat.
 
Menerusi Instagramnya, Almy memuat naik foto makanan berpantang dengan kapsyen sinis seolah-hilang hilang sabar dengan komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.
 
“Day 39 pantang… Yes you can do it Almy Nadia… Brown rice + carrot + ayam rebus, no salt, no garam, semua tak ada rasa…
 
“Potong habis. Potong gula, potong garam, potong minyak, semua potong lantak, last-last susu drop. Hampa semua nak sangat aku kurus kan. Ambik kau orang semua… Mampos lantak...” tulisnya.
 
Ternyata kapsyen luahan Almy itu mengundang kerisauan peminatnya.
 
Menerus ruangan komen, rata-rata peminat meminta Almy bersabar dan melakukan diet secara sihat dan tidak terlalu drastik kerana khuatir akan menjejaskan kesihatan dirinya.
 
“Kalau kita jadi akak, susu anak no1, orang nak kata p lantak la... Sampai ke sudah memang kerja suka ngata je... Kita pun anak 3 baru lepas pantang orang ngata badan tak kuruih... Lantak p laaa janji anak cukup susu,” komen @aziezahrazak
 
“Kurus dengan sihat lah awak. Sian baby. Kita pun lepas beranak turun 30kg tapi makan sedap… Susu pun Alhamdulillah, kurus dengan ilmu... Sure cantik nanti. Awak kan cantik,” nasihat @ct.fitmom
 
Foto: Instagram @fizzalmy
 

Must-Watch Video

Advertisement