HIBURAN
Hamil 6 Bulan... Wawa Zainal Mula Rasa Cepat Penat, Tak Suka Hidung Kembang
Kehamilan ketiga pelakon cantik, Wawa Zainal kini sudah memasuki usia enam bulan.
Menerusi kemas kini Instagram miliknya, Wawa mendedahkan bayi dalam kandungannya kini semakin aktif.
Secara berseloroh, Wawa juga mendedahkan dia tidak suka apabila hidungnya kini kelihatan kembang.
"Alhamdulillah Wawa dah 6 bulan.. Sekarang ni baby aktif sangat-sangat lebih-lebih lagi kalau time rehat atau baring waktu malam.
"Macam menari kat dalam tu. Dah 6 bulan lebih ni dah start cepat penat. Dah start tembam sikit.. Sukanya.. Hihi tapi tak suka hidung kembang sekali. Korang pulak macam mana?" tanya Wawa kepada pengikut Instagram miliknya.
Rata-rata peminat Wawa turut sama berkongsi pengalaman kehamilan serta mendoakan agar urusan wanita jelita itu dipermudahkan.
Wawa mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aeril Zafrel pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.