Pelakon tinggi lampai, Hanez Suraya berhadapan dengan alahan teruk di awal proses kehamilan keduanya.
Sedang mengandung tiga bulan, bintang drama bersiri Love You Mr Arrogant ini sukar untuk menjamah makanan dan selalu muntah-muntah.
"Alhamdulillah, kini keadaan saya beransur baik. Sekarang ini, saya cuba melawan alahan yang saya alami dan keadaan semakin positif.
"Di fasa awal kehamilan, saya mengalami alahan teruk sehingga sukar untuk bangun. Saya hanya terperap di rumah dan sering muntah. Nak bangun pun tak larat, apatah lagi nak menjamah makanan," kata Hanez ketika dihubungi Gempak.
Tambah aktres cantik ini, dia bersyukur kerana tidak mengidam untuk makan makanan yang pelik-pelik.
"Setakat ini, saya tidak mengalami simptom mengidam yang teruk. Saya bersyukur kerana buat masa ini, saya tidak mengidam untuk menikmati makanan yang bukan-bukan.
"Kalau saya ada mengidam sesuatu pun, semuanya senang untuk didapatkan. Saya berharap urusan saya dipermudahkan sehingga menuju ke proses bersalin Julai nanti, Insya-Allah," katanya lagi.
Hanez juga bersyukur kerana anak kedua ini seperti membuka lembaran rezeki baru untuk dirinya.
"Alhamdulillah, perniagaan tudung saya, Everyday KL semakin baik. Ketika saya dapat tahu saya mengandung anak kedua, saya diberikan mandat dan kepercayaan menjadi duta Deeja Cosmetic.
"Saya percaya ini merupakan rezeki anak kedua dan saya sangat bersyukur dengan kurniaan yang telah Allah berikan ini," katanya.
Hanez mendirikan perkahwinan bersama usahawan, Romie Razin Aidilha Abd Jais pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak, Putri Aleesya.