Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Hanya Satu Pinta Aku, Be Strong Baby Girl" - Idzham Ismail Kongsi Tahap Kesihatan Anak Perempuannya

Badrul Hashim 04/04/2019 | 07:00 MYT
Dalam satu entri di Instagram miliknya, pelakon Idzham Ismail berkongsi tentang keadaan anak perempuannya, Nur Sofea Inara.
"Latest update dari yearly checkup Inara, doc inform lubang (vsd) makin membesar dan kemungkinan untuk another operation tu ada.
"Inara akan undergo detail scanning & xray dulu untuk further discussion and further result. Doc nak pastikan ia tak merbahaya untuk Inara di masa depan," tulis Idzham.
"Semua belum pasti lagi tapi yang penting Doc beritahu Inara sihat walafiat dan membesar dengan normal.
"Alhamdulillah. Inshaallah akan saya update lagi selepas selesai detail scanning dan xray nanti.
"Kalau perlu saya terima keputusan Allah dan kalau tak perlu Alhamdulillah. Baik baik sayang. Aku ada untuk mu sentiasa," tulis Idzham lagi.
Nur Sofea Inara pernah melalui pembedahan injap utama jantung pada 19 Jun 2017 ketika berusia sebulan. Menurut Idzham, anak perempuannya disahkan mengalami Transposition Great Arteries (TGA) selepas dilahirkan.
Kredit Gambar: Instagram
#pelakon #Pelakon #Idzham Ismail