HIBURAN

“Harap 10 Tahun Lagi Masih…” – Ummi Nazeera Tak Sangka Masih Muat Baju Bertunang

Mya Amri 22/04/2019 | 06:17 MYT
Pelakon, Ummi Nazeera tidak menyangka masih lagi muat menyarungkan busana yang dipakai ketika majlis pertunangannya dua tahun lepas.

Ummi berkongsi perkara itu menerusi satu foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.

Kata Ummi, dia berharap bentuk badannya kekal dan masih boleh memakai busana itu dalam masa 10 tahun akan datang.

“Semalam (kiri) vs masa bertunang (kanan) 2 tahun lepas. Alhamdulillah can still fit. Harap 10 tahun lagi masih boleh muat laaaa,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji Ummi kelihatan semakin cantik dan berseri selepas kahwin.

“You are so beautiful… Semoga Allah merahmati kehidupan akak. Sentiasa dilapangkan rezeki, tak pernah komen tapi hari nih rasa nak komen. Sebab cantik sangat,” tulis @shima_laa.

“Pas kahwin dan ada anak much more cantik, rare,” komen @emi_maizatul

“You look more gorgeous after married,” puji @norlizamamin

Ummi dan suami, Mohd. Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, 31, itu selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 23 Julai l2017.

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018.

Foto: Instagram @umminazeera
#pelakon #Ummi Nazeera #Pelakon