Pelakon, Hairul Azreen berharap tidak berlaku lagi sebarang adegan ‘pergaduhan’ di antara Zizan Razak dan pengarah filem PASKAL The Movie, Adrian Teh.
Hairul berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya yang dimuat naik semalam.
Entri tersebut turut disertakan dengan video pendek merakamkan ‘pergaduhan’ kecil kedua-dua sahabatnya itu.
“@zizanrazak869 dengan @adrianteh19, harap benda macam ni tak jadi lagi, love u, u guys. Di set film @wira_2019 #HassanWira,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon, Beto Kusyairy juga turut memberikan reaksi terhadap video berkenaan.
“Hahahah bahaya weyhhh prank gini. Happy birthday bro,” tulisnya.
Terdahulu, pergaduhan kecil antara Zizan dan Adrian Teh itu berlaku apabila pengarah terbabit tidak berpuas hati dengan lakonan Zizan yang dikatakan tidak fokus.
Keputusan Adrian yang meminta babak terbabit diulang sekali lagi kemudian mendatangkan kemarahan Zizan.
Walaubagaimanapun perbalahan kedua-dua mereka kemudian terhenti apabila ia hanyalah 'prank' sempena hari jadi Hairul.
Foto: Instagram @hairulazreen