HIBURAN

Hempedu Terpaksa Dibuang, Raja Farah Selamat Jalani Pembedahan

Zulaikha Yusof 01/08/2019 | 03:57 MYT
Pelakon Raja Farah selamat menjalani pembedahan bagi membuang hempedunya (gallbladder) di sebuah pusat perubatan semalam.
Menurut Farah dia mengetahui mengenai kewujudan batu karang (gallstones) di dalam hempedunya ketika sedang hamil anak kedua, Ilham.
"Penemuan batu karang dalam hempedu saya semasa sedang mengandung Ilham.
"Jadi itulah sebabnya pakar sakit puan saya mengetahui dan mengikuti keadaan saya.
"Farah bersyukur pada Allah s.w.t kerana dengan izinnya prosedur pembedahan Farah untuk buang gallbladder berjalan lancar. Alhamdulillah," tulisnya.
Perkongsian ini dibuat menerusi Instagram Stories miliknya.
Raja Farah dan suami, Iskandar berkahwin pada 6 September 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Imran dan Ilham.
#pelakon #Pelakon #Raja Farah