HIBURAN
"Hey You, Hijabista You, Biadap You, No Manners You!" - Watak Kak Su Menjadi, Popularkan Nama Reen Rahim
Nama pelakon cantik, Reen Rahim kian menjadi sebutan kerana wataknya dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda.
Memegang watak sebagai Kak Su, lakonan yang dipaparkan oleh Reen sangat menjadi.
Malah, beberapa dialog yang dituturkan oleh Reen dalam drama bersiri itu turut tular di media sosial.
Menerusi laman Twitter, sedutan babak karakter Kak Su yang memarahi watak Nadine lakonan aktres Sarah Hildebrand menjadi sebutan netizen.
Rata-rata netizen memuji watak terbabit dan menggemari cara lakonan Reen yang meninggalkan kesan di hati penonton."HEY YOU BIADAP YOU HIJABISTA YOU NO MANNERS YOU!!! "halah Halah kak sue ?????#PujaanHatiKanda pic.twitter.com/iME4Y7pm5L— ndtl. (@nadatulmujarob) January 9, 2019
jujur aku cakap watak reen rahim ni first time aku suka gila! sempoi chill je bapak kelako dia ni mantol masuk air ???? alahaiaiii— hans. (@haneshahira) January 9, 2019
TRUUUE WEHHH TRUE SANGAT. NI MCM DEFINISI PANDAI BERLAKON TAK KAYU KAN WEH TOLONGLAH CAKAP YE. sbb dia ngan mira filzah berlakon adik beradik menjadi. Mmg mcm adik beradik.— Daling (@nrdll_ndh) January 9, 2019
Selain Reen dan Sarah, Pujaan Hati Kanda dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.#PujaanHatiKanda ni watak dia semua masuk akal.watak kak su dia punya real tu serius mcm kita dok melawak adik beradik,tiara pulak kalau org serang dia,dia lawan balik tak diam mcm watak2 lain ‘tak payah buat air lah kakak’??!!pali psycho tapi lawak❤️ahh semua bleh terima la!!— #Nisaa (@Nisabiy) January 9, 2019
Must-Watch Video