HIBURAN
Ikut Kriteria Peminat, Nabila Razali Keluarkan Jenama Tudung Sendiri
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali mendedahkan pengeluaran tudung jenama Nabaela Scarf bukan semata untuk bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Kata Nabila, dia akan meneruskan penjualan tersebut kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminatnya.
"Saya akan meneruskan penjualan tudung saya kerana ia bukan sahaja bersempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
"Saya menerima sambutan yang agak memberangsangkan sama ada menerusi platform online ataupun jualan secara langsung.
"Sebelum ini saya sering menerima lambakan soalan bagaimana tudung saya sentiasa 'on point', di mana saya sering beli dan jenis kain tudung itu.
"Jadi saya cuba keluarkan tudung mengikut kriteria yang orang ramai nak terhadap Nabaela Scarf," katanya kepada HLive.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video