Skip to main content

Budaya Popular

"Ingat Lagi Masa Tengah Nazak, Nyawa Dah 50-50 ..." - Fendy Bakry Kenang Waktu Derita Penyakit Misteri

fendy-50-header.jpg
Pelakon Fendy Bakry menyentuh hati peminatnya menerusi ucapan hari jadi yang diraikan serentak dengan sambutan Hari Raya Aidiladha semalam.

Dalam ucapan itu, Fendy turut mengenang semula detik ketika dia pernah menderita penyakit misteri beberapa tahun lalu.

BACA: Hidap Sakit Misteri, Fendy Bakry Kesal Dituduh Lakukan Gimik

BACA: Pengurus Nafi Mr Grey Kini Sedang Tenat Di Hospital


"Nak ucap terima kasih banyak kepada semua yang kirimkan dua, selalu buat solat hajat, selalu nasihat dan selalu juga membawang. Semuanya aku sayang!

"Disebabkan semua kalian semualah, aku berjaya lalui detik-detik sukar dalam hidup aku.

"Aku ingat lagi masa aku tengah nazak... Nyawa aku dah 50-50 masa tu, tiap hari aku selalu tengok Tweet dan mesej dari kalian semua.

"Di sini aku dapat sesuatu yang tak pernah aku dapat iaitu kasih sayang dari kalian semua.

"Bertarung nyawa bukanlah sesuatu benda yang sangat mudah tapi disebabkan kasih sayang dan semangat kalian pinjamkan pada aku, aku masih ada di sini.

"Sampai sekarang walaupun aku bertarung nyawa dan survive dalam hidup, tak semua yang kalian nampak pada aku itu sesuatu yang indah," tulisnya dalam satu entri khas di Instagram.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

11 Ogos tahun dot dot dot.. Lahir la sorang budak yang tak dengar cakap.. kasar dan semua malaun dan ank hantu ada kat dia.. Perghhhh!!! tak sangka tertambah 1 lagi angka untuk warga emas nie.. hahahahaha Apa2 aku nak hampa tau yang aku nie nak ucapkan terima kasih bebanyak kat hampa semua yang mana duk kirimkan doa.. selalu buat solat hajat.. selalu nasihat dan selalu jugak membawang.. Semuanya aku sayang!!? Disebabkan semangat hampa semua la.. aku berjaya lalui detik2 sukar dalam hidup aku.. (jarang2 guna sukar nie hahaha).. Perjalanan seni yang aku lalui ni pn di sebabkan hampa semua yang menyokong.. Walau hujan, ribut taufan hampa tetap nak menyokong gak walaupun aku jarang nk berbalas komen, jarang nk reply mesej kat ig..apa2 pn terlebih dahulu aku mintak maaf atas kesibukkan aku.. Aku ingat lagi di masa aku tengah nazak.. nyawa aku dah 50/50 masa tu.. tiap hari aku selalu tengok tweet dan jugak mesej2 dari hampa semua.. di sini aku dapat sesuatu yang tak pernah aku dapat iaitu kasih sayang dari hampa semua.. Bertarung nyawa bukan la sesuatu benda yang sangat mudah tapi di sebabkan nilai kasih sayang dan semangat yang hmpa pinjamkan pada aku, aku masih ada di sini.. dan sampai sekarang walaupun aku bertarung nyawa dan survive dalam hidup aku, tak semua apa yang hmpa nmpak pada aku tu adalah sesuatu yang sangat indah.. sukar di ingatkan aku menghiburkan orang jadi tak perlu aku rsaukan orang..cukup aku redha dengan segala apa yang ada.. Terima kasih atas keikhlasan hampa semua dari awal hingga la aku berada di tahap pisang mcm nie.. inshaAllah aku cuba lagi untuk bwkkan pisang itu belayar.. . Aidiladha.. sangat la bermakna buat aku dan aku harapkan jugak aidiladha tahun nie akan memberi beribu makna pada hampa semua.. kalau nak karang panjang2 pun hampa tak lalu nak baca.. hahahaha So...Terima kasih aku ucapkan untuk korban masa dan tenaga hmpa selama mana hmpa bersama aku.. Aku mohon maaf atas keterlanjuran kata yang bersebab or tidak bersebab dan segala salah yang datang dari aku.. Moga ukhwah yang terjalin akan terus erat buat semua kawan2 yang ada.. Aamin . #LEO @fendynisme @fendynismesg

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on


Reda dengan segala ketentuan ilahi, tambah Fendy Aidiladha tahun ini telah memberikan makna mendalam baginya.

"Aidiladha sangat bermakna buat aku dan harapkan ia memberi beribu makna kepada kalian semua," ujar Fendy lagi.

Pelakon yang mula popular dengan drama bersiri Mr Grey sekitar tahun 2018 itu didakwa menderita penyakit misteri ketika penggambaran drama terbabit.

BACA: "Keadaan Kesihatan Semakin Pulih" - Ini Penjelasan Fendy Bakry

BACA: “Jumpa Ustaz, Amal Ayat Pendinding” - Fendy Bakry


Malah, dikhabarkan pelakon itu pulang ke kampung halamannya di Perlis untuk mendapatkan rawatan perubatan Islam.

Advertisement

Must-Watch Video