Skip to main content

Budaya Popular

Isteri Mengandung 5 Bulan, Dazrin Rahsiakan Jantina Anak

dqzrin11.jpg
Pelakon Dazrin Kamarudin, 30, merahsiakan jantina anak yang sedang dikandung oleh isterinya, Nur Fazulin Razali, 34.

Bersyukur kerana dikurniakan rezeki cahaya mata, isteri Dazrin kini sedang berada dalam trimester kedua kehamilan.

“Alhamdulillah, kandungan isteri saya sudah memasuki usia lima bulan. Bayi lelaki atau perempuan, kita akan beritahu nanti,” kata Dazrin.

Tambah Dazrin yang pernah membintangi drama bersiri Jodoh, isterinya juga tidak mengalami alahan seperti wanita hamil lain.

“Syukur kerana bayi dalam kandungan sihat. Isteri saya tak alami ‘morning sickness’. Setakat ini semuanya baik-baik sahaja,” katanya lagi.

Dazrin selamat bernikah dengan Fazulin pada 6 Mei tahun lalu di Melaka.

Sumber: HLive

Advertisement

Must-Watch Video