Skip to main content

Budaya Popular

“It’s Actually A Food Baby!” – Hamil Ke Tidak, Jawapan Bella Dally Ini Paling Win!

bella-dally-tak-hamil.jpg
Pelakon Bella Dally menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya hamil.
 
Kata Bella, dia tidak hamil sebaliknya sedikit berisi kerana sukar untuk mengawal nafsu makan.
 
Bella menjelaskan perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.
 
“OK I must confess, lepas kahwin ni susah sikit nak control makan. So to those of you yang selalu comment “OMG I see a baby bump”, I hate to break it to you but it’s actually a food baby! (and thanks for saying I’m fat! *nangis tepi bucu katil*),” tulisnya.
 
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya mendoakan agar Bella sentiasa bahagia dan dikurniakan cahaya mata.
 
“@belladally Insya-Allah rezeki Allah tu ada… Lambat dengan cepat jaa,” komen @m_syila
 
“If its food for baby... I wanna be the first one who wish congratulations bella... Biasa la kan.. Makan banyak pon haha,” tulis @mrhapipiborhanov
 
Terdahulu, dengan sekali lafaz Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkahwin dengan Arif pada tanggal 31 Mac 2019.
 
Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun bercerai pada 2 Mei 2018.
 
 

Advertisement

Must-Watch Video