Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"It's Our Day" - Siti Saleha Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-2

Asraf Aided 29/07/2019 | 03:47 MYT
Pelakon Siti Saleha menyambut ulang tahun perkahwinan ke-2 bersama suaminya, Ahmad Lutfi Azhar semalam.
Perkara itu dikongsi Saleha menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"It's our day. Happy Anniversary sayang #twoyearstogether," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Saleha mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan rumah tangga buat pasangan ini.
Tidak ketinggalan, puteri kepada Sultan Selangor iaitu Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Idris yang turut menulis ucapan.
"Happy anniversary," tulis beliau.
Imbas kembali, Saleha dan Lutfi mendirikan rumah tangga pada tahun 2017.
Dalam industri hiburan pula, Saleha mula aktif bergiat pada sekitar tahun 2008 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#pelakon #Siti Saleha #Pelakon