,
Hiburan

Jaclyn Victor Tumpang Gembira Bekas Suami Kahwin Baharu - "Sebelum Ni Dia Kata Tak Nak ..."

Asyikin Mayudin
04/06/2024
09:58 MYT
Penyanyi Jaclyn Victor melahirkan rasa gembira apabila mengetahui bekas suaminya, vokalis kumpulan antarabangsa AZ Yet iaitu Shawn Rivera sudah mendirikan rumah tangga pada April lalu.

Berita Trending: Momen Makan-Makan Abby Abadi Bersama Keluarga, Aslam & Marissa Raih…

Jaclyn ucap tahniah

Menurut Jaclyn, dia hanya mengetahui berita itu menerusi laman Instagram dan turut mengucapkan tahniah serta mendoakan Shawn dan isteri baharunya itu.
“Sudah tentu saya tahu.. sejujurnya saya sangat gembira sebab dia sebelum ini berkata tidak mahu berkahwin semula dan akhirnya bertemu dengan seseorang dan berkahwin
“Saya ada memberikan ucapan tahniah di Instagram Story dengan kapsyen mendoakan yang terbaik buat mereka. Saya doakan dia dan isterinya bahagia selamanya.

“Saya tidak tahu menahu mengenai perkahwinan mereka namun mendapat tahu menerusi laman Instagram. Dia membuat pengumuman di Instagram saja,” kata Jaclyn kepada Gempak.

Jaclyn ditemui ketika sidang media pengumuman First Solo Consert Jaclyn Victor di Madam Lee Nyonya Private Dining, Hotel Palm Garden Putrajaya pada Selasa.

Berita Trending: Isu Lagu Pulangkan ‘Berhantu’ Sampai Masuk Dalam Mimpi, Ajai Dedah…

Masih berkawan, juara Gegar Vaganza 9 dan All Stars Gegar Vaganza ini memberitahu bekas suaminya juga berkesempatan bertemu dengan dua orang anak mereka ketika berkunjung di Malaysia pada Mei lalu.
“Kami masih lagi berkawan dan cuba untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak. Malah, bekas suami masih lagi berhubung untuk berkomunikasi untuk anak-anak.
“Apatah lagi, bekas suami tidak tinggal di sini. Jadi dia menggunakan teknologi untuk berhubung dengan anak-anak.
“Kebetulan pada awal bulan Mei, dia ada pulang ke Malaysia dan sempat bertemu dengan anak-anak,” ujarnya.

Berita Trending: Gadis Cantik Tular Gembira Lulus Lesen Memandu Rupanya Anak Aidid Marcello -…

Untuk rekod, Shawn mengumumkan dia dan Jaclyn sudah bercerai menerusi Facebook selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.
Pasangan itu berkahwin di sebuah gereja bersejarah di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 19 Julai 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 9, dan Molly Marguerite Rivera, 7.

Berita Trending: Ibu Fatimah The Family UK Kongsi Fenomena Pelik Sejam Sebelum Prosedur…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Unitar